Sugu Pavithra Bakal Buat Kemunculan Semula

Hiburan

Sugu Pavithra Bakal Buat Kemunculan Semula

Tampil memberi khabar gembira kepada umum, para peminat YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ kini seakan mampu menghembus nafas lega dan boleh menonton semula kemunculan pasangan itu menerusi saluran mereka, selewat-lewatnya pada petang ini.

sugu pavithra buat kemunculan semula

Advertisement

Menurut Sugu, beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik andai segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu sebelum ini mengakui atas beberapa faktor peribadi, beliau bertindak memadam kesemua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah).”

Terdahulu, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 24 Julai atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, Selasa lepas.

sugu pavithra buat kemunculan semulavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan youtube

Bagaimanapun, isterinya Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya itu. Malah dirinya juga menyatakan enggan lagi menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.

sugu pavithra buat kemunculan semula

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Selasa petang.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum hari kejadian.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...