Sugu Akui Kurang Senang Kerap Dihubungi Wartawan, Hanya Mahu Lindungi Privasi Keluarga

Trending

Sugu Akui Kurang Senang Kerap Dihubungi Wartawan, Hanya Mahu Lindungi Privasi Keluarga

Baru-baru ini kecoh di media sosial, gambar di sebalik sesi fotografi yang dilakukan oleh YouTuber Sugu Pavithra. Pavithra yang mengenakan pakaian daripada pereka terkenal tanah air nampak berbeza dengan sentuhan mekap yang memukau netizen.

Baca: Tular Foto Sesi Fotografi YouTuber Sugu Pavithra, Netizen Puji Aksi Wanita Ini Di Depan Kamera

Advertisement

Menerusi wawancara bersama Pepatung, Sugu mengakui berasa sedikit tidak selesa apabila dia kerap menerima panggilan daripada wartawan. Kebanyakannya mahu menjemput mereka untuk menyertai program di televisyen susulan populariti yang diraih pasangan ini.

Menurut wartawan ini juga, Sugu juga kurang senang apabila menerima pelbagai panggilan telefon pada hari tersebut apabila media bertanya mengenai sesi fotografi yang dilakukan. Manakala, Pavithra lebih terbuka dengan pelawaan daripada stesen-stesen TV dan liputan media. Tetapi itu semua terpulang kepada keizinan daripada suaminya sendiri.

“Saya tak ada masalah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi saya ikut sahaja yang terbaik.”

Di dalam wawancara itu juga, pasangan ini memberitahu mereka sememangnya tidak kisah sekiranya terpaksa hidup susah kembali selepas ini. Memandangkan kini mereka bergantung kepada pendapatan dari video YouTube selepas suaminya berhenti kerja untuk membantunya.

“Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematahkan semangat.”

Pasangan suami isteri ini mula terlibat dengan video YouTube selepas memuatnaik video masakan secara santai bermula Januari lalu. Siapa sangka tidak sampai enam bulan, mereka berjaya meraih jumlah pengikut yang ramai dengan tontonan yang tinggi. Berdasarkan tinjauan kami, Sugu Pavithra kini mempunyai lebih 700,000 subsribers di akaunnya itu.

Baca: Gemar Berkongsi Resepi, Suri Rumah Berbangsa India Raih Lebih 100K Subscriber

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...