Baru-baru ini, melalui akaun TikTok Kool 101, seorang wanita yang dikenali sebagai El berkongsikan pengalamannya menjadi ‘sugar baby’ tetapi kini sudah memilih jalan yang benar.
Kongsi pengalaman jadi ‘sugar baby’ ketika bergelar pelajar
Difahamkan daripada pendedahan El, perkara itu berlaku sewaktu dirinya masih bergelar sebagai seorang pelajar dan memang terdesak untuk mencari duit.
Menurutnya, dia diperkenalkan dengan ‘aktiviti’ melalui rakannya yang menjadi sebagai orang tengah atau dipanggil sebagai ‘mak ayam’.
Kawan saya tawarkan kerja untuk teman Datuk-Datuk pergi karaoke, makan, atau shopping.
Kata El lagi, setiap pertemuan bersama individu berstatus tinggi itu, dirinya akan dibayar mengikut harga tertentu dan jenis ‘perkhidmatan’ yang diberikan.
Dibayar ikut perkhidmatan, tidak boleh berstatus suami orang
Saya pernah teman dia main golf, dari pukul 1 sampai 5 petang dan dapat dalam RM700 hingga RM1,000. Kalau RM700 tu memang hanya untuk teman sahaja. Kalau nak lebih daripada itu, ada bayaran lain.
Bagaimanapun, wanita itu turut meletak syarat iaitu individu berstatus tinggi yang mahukan dirinya menjadi ‘sugar baby’ tidak boleh berstatus suami orang kerana tidak mahu sebarang isu berlaku.
Wanita tersebut meluahkan rasa syukur kerana sudah tidak terlibat dengan aktiviti ‘sugar baby’ dan kini sudah mendapat kerja tetap, malah merasakan rezeki yang diterima halal serta diberkati.