Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sufian Tidak Perlu Cerita Dan Panjangkan Lagi Isu Putus Tunang – Bapa Elfira Loy

Mungkin sudah jemu menjawab pelbagai persoalan tentang isu anaknya putus tunang, bapa kepada Elfira Loy iaitu Ahmad Sabri Ariffin meminta agar Sufian Suhaimi tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun memanjangkan lagi perkara itu demi menjaga hati semua pihak.

Advertisement

Ahmad Sabri berharap keluarga Sufian juga dapat menasihati beliau agar dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa dan tidak terus mengaitkan dirinya dengan Elfira. Segalanya sudah berakhir saat cincin pertunangan dipulangkan semula.

Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan. Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu? Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda ini sudah tamat.

Advertisement

Pada masa yang sama, Ahmad Sabri mempersoalkan adakah Sufian sengaja menagih simpati ramai dengan isu putus tunang untuk mempromosikan single terbarunya yang kini mendapat hits.

Ermm, soal hati ini tidak boleh dipaksa bukan mudah hendak lupakan sesuatu ataupun seseorang begitu sahaja. Apa pula komen anda?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 Comments

  1. minah_loy

    March 13, 2018 at 6:00 pm

    dok senyap2 lah pakcik…..hal budak2 pun nak kecoh

  2. Anonymous

    March 12, 2018 at 5:30 pm

    makcik filzah & pakcik loy pun bercerai..baca kisah dorang dulu2..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama