Sufian Suhaimi Tidak Mahu Berlengah, Kahwin Bila Jumpa Jodoh

Hiburan

Sufian Suhaimi Tidak Mahu Berlengah, Kahwin Bila Jumpa Jodoh

Penyanyi Sufian Suhaimi terbuka berkongsi rasa bahawa tiada sebab untuk dirinya berlengah-lengah dalam urusan perkahwinan seandainya dia sudah bertemu dengan calon yang sesuai untuk dijadikan isteri.

Sufian Suhaimi
2 years ago

Sering Diasak Soal Jodoh, Sufian Suhaimi Tak Terburu-Buru Untuk Berkahwin

Advertisement

Sufian memaklumkan yang dia tahu perkahwinan merupakan satu rezeki kurniaan Tuhan dan sebagai seorang lelaki, pastinya dia ada menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga jika sudah bertemu dengan calon yang tepat.

Kalau cakap pasal kahwin, saya ini bersedia saja. Bila-bila masa sudah bertemu jodoh yang sesuai, dapat restu ibu bapa, ada keserasian, kita jalan.

Namun begitu, Sufian memberitahu yang dia enggan terburu-buru dalam urusan tersebut walaupun sudah bersedia kerana dirinya selesa berada dalam sanktuarinya sendiri buat masa sekarang ini.

Tambah Sufian lagi, keinginan untuk berkahwin pastinya ada kerana sememangnya fitrah semua orang mahu hidup berpasangan namun dia gembira dengan kerja yang sedang dibuatnya sekarang.

Sufian Suhaimi

Dalam pada itu, Sufian memberitahu yang dia tidaklah meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi susulan menjawab ketika ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang didambakannya untuk dijadikan isteri.

Bagi Sufian atau nama lengkapnya Sufian bin Haji Suhaimi, cukuplah sekadar wanita tersebut sedap mata memandang dan hati terasa tidak terbeban serta saling mencukupi apabila bersamanya.

Sekadar info, Sufian kini sudah mula menjalani penggambaran muzik video single terbarunya berjudul Cinta Tak Bertepi yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...