Sufian Suhaimi Sudah Ada Kekasih Baru, Foto Dan Video Mesra Tersebar?

Hiburan

Sufian Suhaimi Sudah Ada Kekasih Baru, Foto Dan Video Mesra Tersebar?

Sejak berjaya memenangi Persembahan Terbaik di AJL 33 menerusi lagu Di Matamu, nama penyanyi Sufian Suhaimi tidak henti menjadi bualan hangat netizen. Malah, muncul lagi beberapa pendedahan panas dimana tersebar lagi foto lelaki mirip dengan Sufian bermesra bersama seorang gadis.

Advertisement

Menerusi laman sosial Twitter, satu demi satu pendedahan di muat naik dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Katanya foto itu diambil pada petang sebelum persembahan epik Sufian di AJL 33.

Malah, ada netizen yang mendapati baju yang dipakai oleh lelaki di dalam foto yang tersebar itu sama seperti baju yang pernah dipakai oleh Sufian.

Bukan itu sahaja, ada juga foto memaparkan gadis tersebut sedang berbaring manja di peha lelaki itu.

Mereka juga pernah bercuti bersama dan buktinya adalah foto dua keping tiket penerbangan ke Bali yang jelas tertera nama Sufian Suhaimi.

Rata-rata netizen agak terkejut dengan pendedahan tersebut dan tertanya-tanya siapakah gerangan gadis tersebut? Adakah benar beliau adalah kekasih baru Sufian? Mereka berharap penyanyi itu dapat tampil memberikan penjelasan dengan segera.

Mungkin ada lagi mereka yang mempunyai wajah yang sama dengan Sufian? Ataupun sekadar foto yang sudah di sunting? Kita nantikan penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan.

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...