February 8th, 2019

Sejak berjaya memenangi Persembahan Terbaik di AJL 33 menerusi lagu Di Matamu, nama penyanyi Sufian Suhaimi tidak henti menjadi bualan hangat netizen. Malah, muncul lagi beberapa pendedahan panas dimana tersebar lagi foto lelaki mirip dengan Sufian bermesra bersama seorang gadis.

Menerusi laman sosial Twitter, satu demi satu pendedahan di muat naik dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Katanya foto itu diambil pada petang sebelum persembahan epik Sufian di AJL 33.

Malah, ada netizen yang mendapati baju yang dipakai oleh lelaki di dalam foto yang tersebar itu sama seperti baju yang pernah dipakai oleh Sufian.

Bukan itu sahaja, ada juga foto memaparkan gadis tersebut sedang berbaring manja di peha lelaki itu.

Mereka juga pernah bercuti bersama dan buktinya adalah foto dua keping tiket penerbangan ke Bali yang jelas tertera nama Sufian Suhaimi.

Rata-rata netizen agak terkejut dengan pendedahan tersebut dan tertanya-tanya siapakah gerangan gadis tersebut? Adakah benar beliau adalah kekasih baru Sufian? Mereka berharap penyanyi itu dapat tampil memberikan penjelasan dengan segera.

Mungkin ada lagi mereka yang mempunyai wajah yang sama dengan Sufian? Ataupun sekadar foto yang sudah di sunting? Kita nantikan penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan.

Sumber Berita : Twitter


102 responses to “Sufian Suhaimi Sudah Ada Kekasih Baru, Foto Dan Video Mesra Tersebar?”

  1. Bukanelbukanbabypian says:

    Aku bukan peminat pian n elfira! Tp lagu supian tu best! Tapi baca comment korang menakutkan aku! Pian sentuh2 sblm kawen xpe. El tak boleh? Lelaki tidur dengan perempuan tak pe sbb nanti dia dah kawen tak ada lah buat perangai sebab dah buat jahat sebelum kawen. Perempuan yang tidur dengan lelaki sblm kwen korang kata dia gatai/ xtak reti jaga diri. What is wrong with org melayu nih?? Especially perempuan melayu sebab rata2 mcm peminat pian bajet pian akan pilih korang. Haktui!
    Korang lupa ke yg pian tu pernah tinggal awek yg support camtu je sebab el? Oh ak rasa korg ingat cuma jawapan korang “oh xpe pian belum kwen”. El n pian pun tak kwen lagi so kenapa korg bising. Oh ya lupa sebab mak el bising pasal duit. Itu mak el bising je. Yg si el perabih duit dia g buat birthday party utk si pian tu korang lupa??

    Psembahan pian mmg hebat malam tu tapi play victim too much? Maybe tahu lagu or vokal xleh menang. Pian gunakan pelamin sbb probs tapi apa pian buat menjadi cuma bagi aku xperlu pun nk tunjuk camtu. Kalau dari dulu pian boleh tutup aib si el asal tertiba nak buat pelamin time ajl? Oh jawapan peminat pian “ lagu dia suka hati dia, dia dah lama tahan rasa sakit kena tinggal dengan el”.

    Whatever ! Both ak xminat tapi lagu pian ak suka. Korg yg dok comment pls kekdg jgn nampak apa yg surface je. Jgn sebab korg nampak (bkn nmpk tp baca je dlm berita)mak si el tu bising psl hantaran, kita cakap diowg nak duit. Kekdg kita comment lebih dari family diowg sendiri. Comment berpadalah.

  2. huhuhu says:

    so ni pian yang korang banggakan tu? yg educated and deserved better? haha. aku tahu dia berhak nak bahagia.. cuma menyampah bila semua nak backup pian pdhal pian tu mcm pergunakan el. aku faham, kalau dia nak sampaikan lagu tu dgn menunjukkan tema “pelamin anganku musnah” tapi kalau aku jd el pun aku marah kot.. sbb kenapa nak relate lg.. sblm ni aku penah ckp jgn la nak kutuk el perempuan mata duitan, dlm masa yg sama korang actly mcm nak ckp pian tak mampu plak nak tanggung el.. korg kutuk el tapi mcm pian lak x laku. bg aku syukur pian x dapat el.. kalau x, kesian pian nak layan mata duitan el sedangkan dia budak educated. sbb aku tak sokong both . cuma jgn rendahkan el tp dlm masa yg sama like pian mcm serba kekurangan. skg?? pian ada gf korg nak ckp biarlah muda lagi enjoy la.. pastu relate lagi dgn el.. sblm kawen g bali n china. dia g bali ada kerja cuma dia extend sbb member2 dia kebetulan holiday and dia extend holiday. pergi china sbb photoshoot pre wedding and untuk astro.. huhuhu.

Loading...