Written by Bella | August 7th, 2018

Sudah meneruskan kehidupannya dan enggan lagi mengenangkan perancangan perkahwinan yang tidak kesampaian bersama Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak faham dan seakan rimas apabila ada lagi pihak yang masih ingin mengajukan soalan tentang isu putus tunang bersama Elfira yang sudah lama selesai.

Saya tidak faham kenapa ada pihak yang akan terus ajukan soalan tentang kisah putus tunang. Sedangkan saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan, namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya, ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya sudah selesai.

Terdahulu, Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 selepas beberapa bulan berkenalan dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada 23 atau 24 Mac lalu. Namun, kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah atas persetujuan keluarga.

Pelbagai spekulasi yang timbul berikutan perpisahan mereka, ada yang mengatakan Sufian tidak mampu untuk memberikan wang hantaran yang tinggi dan ada juga yang mendakwa ibu Elfira yang memutuskan pertunangan mereka kerana tidak menyukai Sufian.

Namun, perkara itu dinafikan oleh Sufian dan menganggap mereka tidak mempunyai jodoh bersama. Meskipun pernah terluka dengan kisah cinta lalu, Sufian tidak serik untuk mencari pengganti, tetapi kini dia ingin memberikan fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Sumber Berita : Astro Gempak

11 responses to Sufian Suhaimi Rimas Masih Diajukan Soalan Tentang Putus Tunang

  1. bang jani says:

    suffian. tabahlah. kami tau pedihnya perasaan ditinggalkan. jangan difikirkan sangat apa orang kata. elifra rugi kerana tinggalkan ko. just fokus dengan kerjaya. move on. buktikan lelaki boleh hidup tanpa wanita

    5

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      helo suffian lain kali kalau nak cari mateair jangan cari yg bertudung hati tk bagus..cari yg free hair hati mulia..jangan ingat pompan rambut karat hati pon karat jugak ok ! yg bertudung lebih terok prangai dari yg tk betudung..n jangan cari pompan yg macm si el loy tu lagi ok ..lov u soffian …

      1

      0
  2. kreuk says:

    dah itu je achievement ko yg orang tau. lagu2 sendu, rejek cinta lama demi cinta selebriti, tunang tak jadi.
    nak orang tanya lain, ko kena la kerja keras dan cari kejayaan yg lebih remarkable dan membanggakan.

    4

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      tak payah la nak ungkit crite lama dia dh basi poooon ! tanye ape perkembangan suffian skarang kan bagus…mawi dulu pon gitu jugak ops !

      0

      0
  3. Anonymous says:

    bosannnnnnnya

    0

    0
  4. melati says:

    Ko jadi anak Ikan Neelofa jrr lah..!!! Mesti org tak tanya kisah ko lagi…hmmmm Neelofa tahun Depan dh Katergori Makcik Tom Yam pompuan Tua tak kawin lagi Andartu ( kalau kat China ator Kebun jrr Neelofa ni).

    2

    3
    • Anonymous says:

      jd andartu dah pun… tu laa kutuk lagi org kawin umur 34… lopak dah 30+ tak laku jgk… yg kelakar tu dah msuk 3thn berturut2 umur dia masih 29… tahun lahir bole tukar pulak meningkat tiap thn sejak ex kawin kakakaaa…

      2

      0
  5. Ada2 saje says:

    Entah2 bukan orng tanye. Saja je cakap kt press tok up kn diri dgn kisah da basi. Only to update kn diri yg makin nk sendu. Buat la lagu yg up to date. Vocal class ke. Ni tidak lagu semua ke takok lama suara lemau. Majukn la diri dgn bakat bukan dgn gosip or history yg da lapok. Wake up boy.

    2

    1
  6. Anonymous says:

    wartawan belum move on… masih nk tanya soklan same
    yg Nara pun asek kuar cerita sama… cerita yg lain pasal mamat ni takmo plak ceduk

    0

    0
  7. minah jambu say NO to drugs says:

    tak payah la nak ungkit crite lama dia dh basi poooon ! tanye ape perkembangan suffian skarang kan bagus…mawi dulu pon gitu jugak ops !

    0

    0
  8. Anonymous says:

    You guys so annoying. Just let him be.

    0

    0

Leave a Comment

Optional