Desas-desus mengenai pernikahan penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi dengan teman wanitanya, Rania Al Sadat, semakin hangat apabila beberapa petunjuk mula tersebar di media sosial.
Memetik laporan Kosmo! Online, pasangan ini dikatakan akan mengadakan majlis akad nikah secara tertutup di ibu negara pada hari ini.
Spekulasi semakin meningkat apabila Rania memuat naik gambar semasa majlis bersiraman, di mana dia dilihat mengenakan kebaya lengkap dengan kain batik di kepala.
View this post on Instagram
Walaupun Sufian dan Rania belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini, ruangan komen pada gambar tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.
Pasangan ini sebelum ini pernah putus tunang pada April tahun lalu, tetapi dikatakan kembali bersama beberapa bulan selepas itu.