Walaupun ibu Elfira Loy mengesahkan pertunangan anak perempuannya itu dengan penyanyi Sufian Suhaimi telah putus, penyanyi itu tetap berpegang kepada prinsip, bahawa dia masih bertunang dengan Elfira kerana cincin pertunangan yang dihadiahkannya masih ada dengan Elfira.
Melalui pengurusnya, Mahadhir Mohamad, mStar Online melaporkan bahawa Sufian dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah dari segi perhubungan dengan pelakon itu, kecuali terdapatnya campur tangan pihak ketiga.
Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.
Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga.
Sufian juga apabila tiba waktunya, akan membuat kenyataan menerusi Instagram siapakah orang ketiga dalam pertunangan mereka. Ini bagi menjawab dakwaan kononnya Sufian mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan ibu Elfira adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.
Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya.
Elfira khabarnya saat ini sedang berada di New York, AS. – beautifulnara.com