Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia, Di Matamu Raih 50 Juta Tontonan

Lagu sedih yang menjadi sinonim buat rakyat Malaysia iaitu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi berjaya mengatasi rekod lagu artis Malaysia lain dengan meraih 50 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 22 Mac 2018.

Advertisement

Sebelum ini, rekod terbabit disandang oleh Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci dengan lebih 49.9 juta tontonan.

Menerusi akaun Instagramnya, Sufian mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar dan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjayanya selama ini. Ia satu pencapaian yang terbaik sepanjang beliau bergelar penyanyi.

Sufian pada masa yang sama memohon doa agar diberikan kesihatan yang baik untuk membuat persembahan di AJL 33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini.

Lagu Di Matamu menjadi fenomena kerana ia dilancarkan pada tarikh dimana Sufian dan bekas tunangnya, Elfira Loy sepatutnya bernikah. Ramai yang mengatakan lagu tersebut ada kena- mengena dengan kisah putus tunang mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 Comments

  1. Tandy Fysh

    February 14, 2019 at 5:54 pm

    Hello

    Do you need more storage space?
    Dropbox is the best solution for you, try it free, it does not cost you anything …

    Free account here ==> https://db.tt/b0F3YdiWR5

    Regards,

  2. Ananimus

    January 17, 2019 at 1:36 pm

    Aku rasa ramai view sbb nk compare dgn zamani haritu hahahah

  3. hakak

    January 17, 2019 at 10:06 am

    ntah kenapa hakak tak suka tengok muka si pian ni.. bukan benci tp mcm ada aura yg tak best.. pulak tu dgn misai janggut mcm tak terurus.. spek mcm budak nerd.. takde gaya celebriti langsung..

    • Anonymous

      January 17, 2019 at 11:51 am

      jgn ko..nnti kenan..

  4. Anonymous

    January 17, 2019 at 8:59 am

    skarg ada “pecah rekod “ke

  5. Kinokuyania

    January 16, 2019 at 9:21 pm

    Saya dgr lagu dia hari tu sbb nk compare ape yg sedap sgt zamani slam ubah lagu tu. Maklumla hari tu demam zamani seantero

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama