Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sufian Suhaimi Nafi Tiru Pelamin Elfira, Tidak Sindir Sesiapa

Menyampaikan lagu Di Matamu pada pentas AJL 33 semalam dan berjaya mendapat anugerah Persembahan Terbaik, prop serba puith yang dilihat seakan pelamin dengan hiasan bunga di pentas membuatkan ramai yang berkata ia nampak sama seperti pelamin sewaktu majlis pernikahan Elfira Loy.

Advertisement

Apakah niat Sufian dan benarkah beliau sengaja menyindir bekas tunangnya itu? Bagaimanapun, kata Sufian persembahan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan beliau memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Jauh sekali untuk mempergunakan nama bekas tunangnya untuk meraih perhatian ataupun publisiti murahan.

Saya tidak cuba serang sesiapa. Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf. Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta. Bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin.

Saya jujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan. Mungkin bukan hobi saya untuk lihat pelamin orang lain. Apa-apa pun itu bukan niat saya. Saya letak chandelier itu sebagai melambangkan situasi saya yang terperangkap dan akhirnya bebas. Kain putih pula melambangkan permulaan baru dan pelamin itu elemen kejutan.

Advertisement

Dalam pada itu, Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Elfira yang mendoakan kemenangannya di AJL 33. Padanya, tiada apa perkara negatif dan menganggap niat Elfira adalah baik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Muzik-Muzik 33

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 Comments

  1. Crazy over baby pian

    February 6, 2019 at 8:17 pm

    Love you baby pian !!!!

  2. huhuhu

    February 6, 2019 at 11:04 am

    aku tak faham kenapa semua nak relate psl el dgn pian. tahu pian putus tunang, tapi tak perlu la semua bnd nak relate sbb lagu tu pun sblm dia jumpa el dh ada. so jgn la terbawa2 mcm el tinggalkan pian sbb laki lain or what. semua ckp pain deserve better sbb high education and el not. so? layaklah pian tak dapat el. apa yg nak relate lagi? tang pelamin, mmg el nak pelamin cmtu copy dari rusia ke mana ke? aku rasa netizen yg duk edit cakap sama. abg nas just ckp sama? bukan sbb idea ditiru tp sbb mcm nak tanya sama? in terms of kisah pelamin dorg berdua.. like adakah mmg saja.. bukan abg nas nak claimed eh kau ciplak sbb dia pun inspired dari luar. dan team pian pun inspired dari pelamin el. and aku paham pian atau team cuba ketengahkan konsep putus tunang bg gambarkan kesedihan dgn adanya pelamin… cuma netizen pun tolonglah xpyh nak relate dgn el.. kata el mata duitan, patut letak mesin ATM or what lantak dia lah dh dpt apa dia nak. so mmg pian patut dpt yg level2 educated. tapi still nak rendahkan org lain. so nmpk mcm pian yg perlu di up2 lagi. kalau pian kawen dgn el pun. kalau dh dorg haluan berbeza pun blm tentu bahagia.. korg kecam gak.. so bg aku syukur pian putus now, cari yg level2 education dgn dia. yg sekufu.. dari nt dah kawen pian dgn bidang education dia n el dgn dunia lakonan or what. anggaplah qada n qadar. syukur masing2 tak disatukan…

  3. Paham bahasa

    February 5, 2019 at 5:24 pm

    Lagu putus cinta.. Pian putus tunang lg.. Tak salah ada konsep pelamin anganku musnah kan? Simple thinking..

  4. Anonymous

    February 5, 2019 at 1:41 pm

    pd aku bukn masalah tiru pelamin..tp perlu ke pelamin???

    • Paham bahasa

      February 5, 2019 at 5:24 pm

      Lagu putus cinta.. Pian putus tunang lg.. Tak salah ada konsep pelamin anganku musnah kan? Simple thinking..

  5. Anonymous

    February 4, 2019 at 8:38 pm

    Raja dolak dalih.Kaki temberang.Ganggu isteri orang dulupun tak mengaku walaupun jelas lagi nyata.

    • Kaka

      February 5, 2019 at 5:20 pm

      Org citer psl impak AJL tp ko seeebokkk nk bukak aib pian.. Haha.. Ingat elfira tu baik sgt ker? Dulu gosip betukar jantan aje tau tak.. Membirah n menggeleyis tu trademark dia.. Dgn pian pun awal2 dia yg beriye.. Gedikss naww! Ditambah dgn mulut puaka anak beranak.. Meluat sungguh!

    • Kucing Mesin Bawang

      February 5, 2019 at 6:17 pm

      Yes tapi semua pejam mata. Xyah la percaya sgt si pian ni. Xpyah kesian sgt. Pian kaki temberang. El pulak kaki duit. Tapi xleh salahkan el tgglkan pian, pian xde duit. Mak el paksa dia kahwin org kaya. Family byk hutang tu. Kalau xde hutang maybe el still dgn pian. Pian pon maybe brubah jadi baik. Ape2 last kata dorang takde jodoh. Info pian dari sumber sahih. Info el dari news mmbawang.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top