March 23rd, 2018

Tanggal 23 Mac hari ini sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan Elfira Loy kerana ia merupakan tarikh pernikahan mereka. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas mereka sah putus tunang baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, seperti yang Sufian katakan beliau tidak akan mensia-siakan tarikh istimewa itu dan melancarkan lagu terbaru beliau Di Matamu. “A broken heart creates a masterpiece” dan ianya terbukti apabila mendapat sambutan yang hangat dan sudah mendapat 411,746 tontonan di YouTube meskipun baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada jam 9 pagi tadi.

Rata-rata netizen memuji setiap bait-bait lagu yang menyentuh jiwa ini dan ada juga yang mengaitkan kisah putus tunang Sufian dan Elfira dengan perjalanan cerita dalam muzik video tersebut. Malah, mereka juga turut merasai keperitan hati Sufian yang cuba dizahirkan dalam lagu.

Tahniah kepada Sufian kerana tidak terus meratapi apa yang sudah berlaku dan bangkit menghasilkan karya yang kami rasa amat dekat dan bermakna buat dirinya. Semoga terus sukses.


46 responses to “Sufian Suhaimi Lancar Lagu Di Matamu Pada Tarikh Nikah Tak Jadi, Dapat Sambutan Hangat”

  1. sufian ewwwwww says:

    aku dah start meluat kat dia ni … tak habis2 lagi ke ??? dah lah dik diam je la leps ni..

  2. Bawang putih says:

    Aq nak tengok sampai bila mamat ni n pengurus nak guna crita dia dgn el tu. Nampak now skg saper yg gila bayang saper. Kuar jer muka dia mesti ada crita pasal el walau x cruta secara telus tetsp nk bg hint. Agaknya artis lelaki malaysia yg suka kikis ni memang mcm nie. Xleh terima hakikat. Mcm kamal dgn emma. Dah terang2 emma dgn alvin….nak juga berangan yg katanya anak dia dgn emma nnt cantik mcm mak…..eeeeeee……geli. mana maruh uolls sebagai anak jantan….. cari ler duit sendiri ingat suami yg akan tnggung anak bini bukan sebaliknya…..

  3. hihibyby says:

    dah bertunang buatlah macam tunang orang, dah kahwin buatlah macam isteri orang….jangan awak fikir awaktu single lagi….itu yang umahtangga hancur tu !

    tengok macam aku, dah kahwin masih mengorat anak dara depan bini he he he

  4. Anonymous says:

    lagu marsha Hilang jgk yg aku suka dgr.. sejak tgk drama tiada cinta sepertimu.. best suka tgk syafiq kyle dgn zahirah macwilson berlakon..

  5. anon says:

    sedih pulak dengar lagu ni. Tak senudah tu dia nak move on sb melibatkan perasaan. Psychology says, you never stop loving someone. Either you never did or always will.
    Pian ni nampak mcm budak baik….

Loading...