Sufian Suhaimi Ingin Main Tinder, Cari Calon Kekasih

Hiburan

Sufian Suhaimi Ingin Main Tinder, Cari Calon Kekasih

Pernah berdepan episod kecewa dalam soal percintaan dan sudah dua tahun putus tunang, sehingga hari ini penyanyi Sufian Suhaimi masih belum menemui pengganti.

sufian suhaimi

Advertisement

Tidak menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi, Sufian nampaknya ingin mencuba aplikasi temu janji bagi mencari calon kekasih.

Menerusi akaun Twitternya, Sufian berkata dia tidak teragak-agak untuk menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari jodoh. Siapa tahu dia akan bertemu dengan pasangan hidup baru?

sufian suhaimi tinder

Hasrat Sufian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju untuk Sufian mencuba nasib mencari cinta menggunakan aplikasi popular itu, tetapi ada juga yang berkata ada banyak cara lain yang lebih sesuai untuk mencari kekasih.

Malah, ada yang meminta Sufian bersabar kerana pasti ada jodoh yang baik buat dirinya, cuma belum sampai waktunya lagi. Apa yang penting jangan mudah putus asa dan terus berdoa.

sufian suhaimi tinder sufian suhaimi tinder

Bukan mudah untuk cari teman istimewa apatah lagi jika hendak menggunakan aplikasi cari jodoh. Banyak yang tidak jujur. Apa-apa pun, kami harap satu hari nanti Sufian dipertemukan jodoh dengan wanita yang terbaik dan sesuai dengannya. Jangan risau, bunga bukan sekuntum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...