Written by Bella | July 10th, 2019

Lama juga kita tidak dengar sebarang gosip mengenai penyanyi yang semakin popular, Sufian Suhaimi. Seakan dia sudah menutup pintu hatinya selepas putus tunang dengan Elfira Loy.

Namun, baru-baru ini, ada yang mengatakan Sufian sedang rapat dan menjalin hubungan dengan seorang pembaca berita iaitu Hawa Rizwana yang wajahnya mirip sekali dengan selebriti popular Neelofa.

Sebelum in, Sufian pernah memuat naik gambar Hawa sedang membaca berita secara langsung di TV9. Tidak hanya bertepuk sebelah tangan, Hawa juga membalas kembali Insta Story penyanyi itu dengan lirik lagu Di Matamu.

Bagaimanapun, Hawa menafikan mereka menjalin hubungan cinta seperti yang didakwa.

Saya bukan pengganti Elfira Loy dan kami sekadar kawan. Ketika itu Sufian di bawah kendalian ayah (Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman) yang juga pensyarah di UiTM. Sufian sering datang ke rumah di Subang Jaya dan sejak itu kami berkawan.

Saya tiada ‘feeling’ (perasaan) untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira.

Maka ramailah wanita di luar sana yang tersenyum gembira kerana masih ada peluang lagi untuk mengorat Sufian.

Sumber Berita : Harian Metro

29 responses to Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Pembaca Berita?

  1. mata mata says:

    Lawa lg anak prof ni dr lopa ngan el..aku rasa ramai je mamat usha..so dia nak dpt bf yg best2 pun celah2 gigi je

  2. Chinta says:

    perlu ke dia mention dia bukan pengganti elfira? x perlu bgtau mcm tu kot??

    x cukup tumpang nama glamour ayah as prof, sibuk gak nk tumpang nama elpirah.

  3. bong cit says:

    oh ni pembaca berita yg mulut kumat kamit cm kunyah kacang tu…no wonder la jd pembaca tv…bapak pun dato…prof lagi kompem la ada kabel