Sejak memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamau di AJL33, populariti Sufian Suhaimi semakin meningkat naik. Malah, ia membuatkan beliau semangat untuk menghasilkan karya baharu.
Kali ini, Sufian bakal mengeluarkan buku puisi tulisannya sendiri berjudul Sanandika Sufian Suhaimi. Koleksi puisi itu akan menggunakan tajuk lagu-lagunya dan bakal diterbitkan beberapa bulan lagi.
Buat masa sekarang saya memang sibuk nak menguruskan pelbagai perkara dan antaranya saya sedang menulis buku puisi. Buku tersebut merupakan koleksi puisi yang saya tulis sendiri dengan menggunakan tajuk lagu tapi jalan cerita yang berbeza.
Buku itu sudah siap dalam 70 peratus dan saya mula menulis Februari lalu. Insya-Allah lagi beberapa bulan akan diterbitkan.
Menurut Sufian, beliau akan berkongsi kisah cintanya, keluarga dan kerjaya di dalam puisi nukilannya itu.