Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sufian Suhaimi Bakal Lancar Buku Puisi Kisah Hidup

sufian suhaimi buku puisi

Nampaknya penyanyi popular Sufian Suhaimi mengikut jejak langkah Fattah Amin apabila bakal melancarkan sebuah buku puisi mengenai kisah suka duka hidupnya .

sufian suhaimi

Advertisement

Berjudul Senanduka Sufian Suhaimi, ia mengandungi 70 buah puisi mengisahkan pelbagai peristiwa besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu dalam kehidupan penyanyi tersebut termasuklah juga kisah peribadinya.

Buku puisi ini mengisahkan kehidupan saya dan perspektif mengenai pelbagai peristiwa besar yang berlaku beberapa tahun lalu. Secara peribadi dan kerjaya, ia dilihat usaha yang seiring.

sufian suhaimi buku puisi

Selain itu, ada kisah sedih, gembira dan kecewa dan semuanya diterjemahkan dalam bentuk puisi.

Menurut Sufian,  buku puisi itu juga membabitkan kerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan akan dijadikan sebagai rujukan akademik universiti tersebut.

puisi sufian suhaimi

Sebab itulah buku puisi ini perlu dihasilkan dengan penuh teliti. Pihak UUM juga akan menguruskan soal penerbitan dan pengedaran. Setiap puisi dalam buku ini menggunakan judul lagu nyanyian saya termasuklah Terakhir 1 dan 2, Di Mata Mu 1, Harus Aku 2 dan Terasa Ada 3.

Sufian merupakan artis lelaki muda kedua selepas Fattah Amin yang sebelum ini pernah melancarkan buku 99 Kata #QalifModen Fattah Amin yang turut dinobatkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017.

sufian suhaimiSiapa tahu, mungkin selepas ini Sufian juga akan menerima pelbagai anugerah hasil nukilannya itu? Sama-sama kita nantikan. Mesti ramai peminatnya yang tidak sabar untuk mengetahui curahan hatinya menerusi puisi-puisi yang ditulis.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Anon

    September 5, 2019 at 3:16 pm

    Dah dah lah tu. org dah meluat dengan kau pian.

  2. excuse me

    September 5, 2019 at 1:39 pm

    hahahahahhaahhaha ada lagi ke yang baca buku skrg ni? ni zaman semua hadap media sosial je oi. hahahhaa *sambunggelak*

  3. babylasangat

    September 5, 2019 at 12:47 pm

    sapa beli, dia gila

  4. Makcik Cabai

    September 5, 2019 at 12:47 pm

    Kesian student… mak ayah bayar berpuluh2 ribu tapi kena study bab cinta putus tunang je? Oh Malaysiaku….

    • Anon

      September 5, 2019 at 3:19 pm

      Akan dijadikan rujukan akademik UUM? Like seriously?

  5. Brunes

    September 5, 2019 at 11:34 am

    oh.. yeke.. dia ni tak lah hensem mana, aku kesian je dia ni try hard gitu.. tapi kalau banding dengan alif shukri aku lagi suka pian. alif shukri dah kategori benci. relex lah saja pian, kau nak jadi fattah ke? masalahnya muka awak tak sehensem fattah. siapa nak baca puisi awak tu? lebih baik kau jual produk tebalkan misai dik.. hahaha kau masih muda, cari lah persona kau sendiri

    • Manage

      September 5, 2019 at 11:55 am

      Tak pyh beli pun dh tau mcm mna puisi tu nnt..

Loading...
To Top