Nampaknya penyanyi popular Sufian Suhaimi mengikut jejak langkah Fattah Amin apabila bakal melancarkan sebuah buku puisi mengenai kisah suka duka hidupnya .
Berjudul Senanduka Sufian Suhaimi, ia mengandungi 70 buah puisi mengisahkan pelbagai peristiwa besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu dalam kehidupan penyanyi tersebut termasuklah juga kisah peribadinya.
Buku puisi ini mengisahkan kehidupan saya dan perspektif mengenai pelbagai peristiwa besar yang berlaku beberapa tahun lalu. Secara peribadi dan kerjaya, ia dilihat usaha yang seiring.
Selain itu, ada kisah sedih, gembira dan kecewa dan semuanya diterjemahkan dalam bentuk puisi.
Menurut Sufian, buku puisi itu juga membabitkan kerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan akan dijadikan sebagai rujukan akademik universiti tersebut.
Sebab itulah buku puisi ini perlu dihasilkan dengan penuh teliti. Pihak UUM juga akan menguruskan soal penerbitan dan pengedaran. Setiap puisi dalam buku ini menggunakan judul lagu nyanyian saya termasuklah Terakhir 1 dan 2, Di Mata Mu 1, Harus Aku 2 dan Terasa Ada 3.
Sufian merupakan artis lelaki muda kedua selepas Fattah Amin yang sebelum ini pernah melancarkan buku 99 Kata #QalifModen Fattah Amin yang turut dinobatkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017.
Siapa tahu, mungkin selepas ini Sufian juga akan menerima pelbagai anugerah hasil nukilannya itu? Sama-sama kita nantikan. Mesti ramai peminatnya yang tidak sabar untuk mengetahui curahan hatinya menerusi puisi-puisi yang ditulis.

Ally cat
September 8, 2019 at 4:49 pm
Zaman sekarang sape2 boleh buat buku. Instafamous buat buku, penyanyi buat buku.. pelakon buat buku..hmmm
tipahhh
September 6, 2019 at 12:10 pm
lol. puisi tu kan seni. seni tu luaasssssssssss…maybe puisi dia buat bukan pasal putus cinta dgn elpira semata ngeks.
Anonymous
September 10, 2019 at 11:28 am
puisi psl kisah hidup???bakat pun xde nk tulis puisi..setakat cedok drpd lirik2 lagu??puisi pe bnde…ko ni buta seni kot…puisi y btl2 puisi cam sasterawan negara buat..ayat puitis..ade mkne tersirat..ni makne pe tersirat??kisah hdp dia sume dh dijaja..semua org tau…bazir je buat buku…
ayoi
September 5, 2019 at 3:44 pm
dah laa tuu nobita..better ko kwn je laa dgn kucing yang boleh bercakap tu…nobita ni x abis2 dgn berangan…berangan cam hot2 je padahal nan hadoooooooooo………….