Sudah mendapat semula kekuatan untuk terus bangkit dan melupakan episod duka putus tunang bersama Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi sudah meneruskan kehidupannya dan sedikit pun tidak menyimpan sebarang dendam dengan apa yang berlaku.
Tidak mudah untuk saya berdepan ketika situasi hubungan kami sedang memuncak, tetapi saya sudah melepasinya. Saya perlahan-lahan mencari kekuatan, malah sebenarnya, sejak Oktober tahun lalu saya sudah bersedia.
Hubungan dan keluarga pula bermasalah. Dari situ, saya sudah dapat menilai segala kemungkinan akan berlaku dan saya harus bersedia. Saya tidak mahu terkejut jika berlaku perkara tidak diingini.
Sufian akui mencari cinta bukanlah lagi keutamaannya lagi dan lebih tenang hidup solo. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna beliau sudah menutup pintu hatinya.
Saya tidak lagi mencari cinta. Hidup saya lebih tenang apabila tidak lagi mengejar cinta. Tetapi, itu bukan bermakna saya menutup pintu hati menerima cinta. Ada gadis cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu insan yang sesuai. Ada juga dalam kalangan peminat yang menghantar mesej peribadi, tetapi jodoh itu rahsia Allah.
Bak kata pepatah bunga bukan sekutum kumbang bukan seekor, pengalaman putus cinta lalu sebenarnya lebih mematangkan Sufian kan? Semoga satu hari nanti bertemu jodoh yang lebih baik.
Anonymous
July 16, 2018 at 5:11 pm
kasi abis study… beli kete audi sebijik… terbeliak elfira tgk nnti
lola
July 16, 2018 at 5:11 pm
gmbr 1st tu kau bt2 aksi bgtu pn org x melting…geli adala…byeee
adelia
July 16, 2018 at 2:22 pm
tipu… lol
lando
July 16, 2018 at 2:11 pm
KO JUAL BON AND THE TORT JE LAH SUPIAN OIII
wekkkkkkk
July 16, 2018 at 1:46 pm
yelahkan, buat hape risau tntg jodoh. Akan dtg dgn sendiri.
Tmbh lagi utk kaum lelaki. Cari duit byk2, pasti ramai yg akan dtg nnti, segala ratu dan ibu ratu pun akan ber..angan 2 dgn ko.