July 16th, 2018

Sudah mendapat semula kekuatan untuk terus bangkit dan melupakan episod duka putus tunang bersama Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi sudah meneruskan kehidupannya dan sedikit pun tidak menyimpan sebarang dendam dengan apa yang berlaku.

Tidak mudah untuk saya berdepan ketika situasi hubungan kami sedang memuncak, tetapi saya sudah melepasinya. Saya perlahan-lahan mencari kekuatan, malah sebenarnya, sejak Oktober tahun lalu saya sudah bersedia.

Hubungan dan keluarga pula bermasalah. Dari situ, saya sudah dapat menilai segala kemungkinan akan berlaku dan saya harus bersedia. Saya tidak mahu terkejut jika berlaku perkara tidak diingini.

Sufian akui mencari cinta bukanlah lagi keutamaannya lagi dan lebih tenang hidup solo. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna beliau sudah menutup pintu hatinya.

Saya tidak lagi mencari cinta. Hidup saya lebih tenang apabila tidak lagi mengejar cinta. Tetapi, itu bukan bermakna saya menutup pintu hati menerima cinta. Ada gadis cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu insan yang sesuai. Ada juga dalam kalangan peminat yang menghantar mesej peribadi, tetapi jodoh itu rahsia Allah.

Bak kata pepatah bunga bukan sekutum kumbang bukan seekor, pengalaman putus cinta lalu sebenarnya lebih mematangkan Sufian kan? Semoga satu hari nanti bertemu jodoh yang lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE


7 responses to “Sufian Suhaimi Akui Hidup Lebih Tenang Tanpa Cinta”

  1. miss_Oppssssssssss says:

    Kami pun tenang tanpa gossip2 dan cerita nonsense awak…..

  2. ciK piNgu says:

    udah2 la keluarkan statement! duk siam2 tanpa bicarakan soal cinta yg tak kesmapaian tu, boleh tak!

Loading...