Pengurus Sufian Suhaimi, Mahadhir Mohamad memberitahu, Elfira Loy masih cuba menghubungi Sufian selepas mereka putus tunang.
Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.
Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini.
mStar Online melaporkan, Mahadhir merasa hairan mengenai dakwaan ibu Elfira bahawa Sufian telah menipu mereka:
Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu?
Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dan hanya kawan biasa seperti remaja lain, tapi orang luar yang salah faham. Biasalah zaman remaja berkawan begitu.
Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan.
Mahadhir juga memberitahu, Sufian ingin menghalalkan hubungannya dengan Elfira memandangkan Elfira sering menelefon dan mengikutnya ke mana-mana kerana dia ingin mengelakkan fitnah.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sufian memilih untuk menghalalkan hubungan.
Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah.
Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu.
Benda dah lepas tak payah panjang-panjangkan lagi dan mereka pun sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Masing-masing buat hal sendiri sajalah.
Semalam saya buat statement di Facebook supaya orang tak keliru sebab saya tak nampak kesilapan sufian pun. Keputusan putus tunang ini dibuat pihak sana, bukan Sufian.
Dalam satu kenyataan lain, Mahadhir juga meminta agar keluarga Elfira berhenti membuat kenyataan mengenai Sufian.
Penulis juga tidak pasti apa isu yang menyebabkan keluarga Elfira ingin memutuskan pertunangannya dengan Sufian, bagaimanapun ia telah terjadi dan semua pihak sepatutnya move on, tak gitu? – beautifulnara.com