July 18th, 2016

Juara AF 2015, Sufi Rashid sering terpalit dengan kontroversi. Selepas isu dengan bekas pengurusnya sudah reda, timbul pula dakwaan mengatakan Sufi bersekedudukan dengan teman wanitanya.

Sufi yang agak terkejut mendengar berita berkenaan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya itu adalah fitnah semata-mata.

Pada masa yang sama Sufi turut menafikan mereka pernah tidur bersama ketika wanita itu menumpang di rumahnya. Jelas Sufi, sebagai seorang Muslim beliau masih lagi tahu batasan agama.

Ini semua fitnah. Tak mungkin kami tinggal bersama. Namun, saya tidak menafikan dia pernah menumpang di rumah saya selama beberapa hari. Waktu itu kami bukan berdua-duaan, tetapi turut disertai beberapa pekerja saya yang juga saudaranya. Saya tidak melakukan perkara itu. Sebagai seorang Islam, saya masih tahu batasan agama.

Tambah Sufi, wanita berkenaan bukanlah teman wanita beliau seperti yang dikatakan. Mereka berdua cuma rakan kongsi didalam perniagaan.  Walaubagaimanapun, mereka sebenarnya sudah lama mengenali satu sama lain ketika di Singapura lagi.

Memang kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak di Singapura lagi. Mungkin disebabkan perkenalan kami yang sudah lama, kami jadi rapat dan orang salah anggap.

Saya sendiri tidak faham kenapa ada pihak yang ingin membangkitkan isu ini. Kami bekerja di restoran yang sama, jadi kadang-kadang kalau pulang dari restoran lewat malam, tidak mungkin saya akan membiarkannya pulang bersendirian.

Biasalah kalau sudah jadi artis, pasti akan ada timbul salah faham dan fitnah kerana mereka yang melihat setiap perbuatan anda itu tidak mengetahui cerita sebenar. Sabarlah Sufi..

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...