Malam semalam, konsert separuh akhir (minggu ke 12) program realiti Rockers Pentas Panas telah pun melabuhkan tirainya. Amboi, penuh berbunga ayat Abang Nara. Kesemua 6 peserta telah menunjukkan persembahan yang cukup memberangsangkan semalam, namun oleh kerana pentas akhir hanya muat untuk 5 orang, salah seorang daripada mereka terpaksa disingkirkan. Ternyata tuah tidak berpihak kepada Sue apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Hanya tinggal setapak sahaja lagi untuk ke pentas akhir, namun gadis kelahiran Perak ini tidak menganggap kegagalan ini sebagai penamat buat dirinya untuk bergelar anak seni. Semangat yang macam ini Abang Nara mahukan. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Lagipun selama ini ramai peserta program realiti yang lebih popular dan berjaya walaupun tak bergelar juara. Siapa tahu rezeki Sue akan lebih mencurah bak air terjun selepas tersingkir daripada program Rockers Pentas Panas ini?
Sedikit petikan kata-kata Sue selepas dirinya tersingkir untuk tatapan para peminatnya:-
Sue sebenarnya dah sampai minggu semi final pun dah cukup bersyukur dah. Sue tak pernah anggap ini satu kegagalan.
Sue percaya pada rezeki dan insyaAllah lepas ni Sue akan bangkit dan kejar cita-cita Sue. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Sue sangat menghargainya.
Diharap Sue tidak menangis berlebihan sebaliknya menganggap penyingkiran ini sebagai satu rahmat. Abang Nara yakin Sue telah banyak belajar sepanjang berada di dalam Rockers Pentas Panas. Gunakan segala ilmu tersebut untuk terus mencipta nama di dalam industri muzik tanah air. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Sue mungkin di suara serak-serak basahnya. Mana tahu satu hari nanti Sue boleh menggantikan Ratu Rock Malaysia, Ella. Kan?
Apa pun, Ahad ini (21 Februari) adalah konsert akhir Rockers Sensasi. 5 orang peserta iaitu Nona, Awal, Dans, Zarith dan Liawanis akan berentap untuk merebut gelaran juara, sekaligus membawa pulang hadiah yang cukup lumayan. Fuh!!! Abang Nara pula yang berdebar-debar. Calon feveret Abang Nara sudah tentu si ratu air mata, Zarith Sofia. Walaupun selalu menangis, suara si Zarith nie memang padu beb. Harap-harap Zarith boleh menang.
Good luck and all the best buat semua finalist Rockers Sensasi. Kalau anda terlepas menonton konsert separuh akhir Ahad lalu atau nak menonton jurnal Rockers Pentas Panas, jangan lupa untuk muatturun applikasi HyppEverywhere di telefon Android atau iPhone anda. Boleh tengok mana-mana episod yang anda terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Sekali lagi diingatkan, konsert akhir Rockers Pentas Panas akan berlangsung pada jam 8.30 malam di HyppTV saluran 116 (Hypp SensasiHD). Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv. Selamat menonton!!!–