Sudi Bersama Ketika Hidup Susah, Lelaki Ini Hadiahkan Isterinya Kereta Audi Balas Pengorbanan.

Trending

Sudi Bersama Ketika Hidup Susah, Lelaki Ini Hadiahkan Isterinya Kereta Audi Balas Pengorbanan.

You deserve it, sayang. Walaupun belum lagi mendapat kereta impian awak, tetapi kita selangkah lagi menghampirinya.

Advertisement

Di usia isteri 18 tahun, saya 22 tahun, dia menerima saya sebagai suaminya yang tiada apa-apa. Dia bijak dan pandai berdikari. Walaupun hidupnya senang dari kecil, anak orang berada, namun dia sedikit pun tidak malu berganding dengan aku.

Dah berdiri, tetapi sanggup duduk balik.

Kemudian beri semangat untuk aku berdiri. Terima aku yang tiada kerja tetap, tiada harta, hanya ada sebiji motosikal, kereta kancil yang ada pun adalah milik ayah punya. Bila saya jatuh, dihina, ditipu, dia akan kata, “stay strong sayang, our day will come.”.

Dari awal perkahwinan, dia tidak pernah mengeluh nak baju, kasut, beg baru. Kalau saya nak belikan pun, dia akan kata “Takpelah, takde yang berkenan.”.

Senang cerita dia tak akan nak beli baru.

Selagi kasut itu tak rabak, beg tak rosak, baju tak lusuh. Akhirnya perangai dia masih begitu sehingga ke hari ini walaupun sekarang saya dah lebih dari mampu. Terbawa-bawa agaknya.

Sudah sembilan tahun berkenalan, dah dekat empat tahun perkahwinan. Hadiah ini mungkin tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasamu wahai isteri.

Memang tidak semestinya beri hadiah untuk menghargai isteri. Namun saya tetap usaha untuk menjadi ayah dan suami yang baik dalam setiap sudut.

Dia yang banyak memberi semangat dan mendorong saya. Dalam waktu yang singkat, kami berusaha sedaya upaya sebab kejayaan dan duit tak datang bergolek.

Waktu itu saya perlu menanggung isteri dan perlu membantu ibu bapa, adik beradik yang lain.

Dari sale cukup-cukup makan, sekarang alhamdulillah. Dari buat berdua suami istrei, sekarang dah ada leibh 600 ahli gudang Hero ejen seluruh Malaysia.

Tak kisahlah orang nak kata apa, yang penting saya bagi pada isteri, bukan pada orang lain pun.

Sekurang-kurangnya kami berusaha dengan hasil sendiri. Mula-mula kahwin dulu, simpanan tak banyak sebab masing-masing muda. Jadi sikit-sikit kami kumpul duit modal berniaga.

Tiada nak meminta duit dari orang tua. Ada orang sebelum kahwin, dapatkan kerja yang bagus, kumpul duit dulu, beli rumah dulu supaya kahwin nanti selesa sikit.

Post saya ini untuk dijadikan sebagai aspirasi kepada suami yang seperti saya, yang tiada apa-apa pada mulanya. Yang penting, jangan ada isteri tak redha dan tak ikhlas di depan mahupun di dalam hati. Nanti rezeki suami semakin sempit.

Contoh yang paling mudah, suami tak dapat belikan tudung baru, isteri jangan buat muka. Suami lupa singgah belikan sesuatu, isteri jangan diam sepanjang perjalanan dalam kereta.

Tahun pertama dan kedua perkahwinan memang akan terasa sangat berat dan susah.

InshaAllah akan ada jalan, sama-sama cuba berusaha untuk tingkatkan diri. Kalau dapat suami yang pemalas, isteri tolong nasihat dan tunjuk contoh. Rezeki dan ujian setiap orang adalah berbeza. Saling ikhlaskan hati, tolak ansur dan beri semangat.

Kredit : Meor Azlan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...