Sudahlah Tu Nak Condemn Orang Atas Nama Agama – Yunalis Zarai

Hiburan

Sudahlah Tu Nak Condemn Orang Atas Nama Agama – Yunalis Zarai

Dunia sekarang ini sememangnya ramai yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Ada yang menjual produk yang dibacakan ayat suci Al Quran, ada yang berlagak alim bagi ceramah sana sini tapi sebenarnya kahwin sampai 11 orang bini, dan macam-macam lagilah. Seringkali jika anda membaca di akaun sosial selebriti tempatan, pelbagai komentar yang cukup pedas, pedih dan kadangkala kurang ajar sering ditujukan kepada selebriti tertentu. Tak kurang yang menggunakan nama agama untuk mengutuk selebriti-selebriti ini tanpa sebarang batasan.

yunalis zarai

Advertisement

Namun bukanlah semua pengikut selebriti di laman sosial menegur dengan cara kurang ajar dan biadap. Ada juga yang cukup berhemah. Adat menjadi seorang selebriti sudah tentu ada golongan menyokong dan ada golongan ‘haters’. Abang Nara tertarik dengan tulisan panjang lebar Yunalis Zarai yang cukup bermanfaat dikongsikan dengan anda semua. Bukan sahaja Yuna menggalakkan orang muda merantau melihat dunia luar, namun Yuna juga memohon agar tidak menggunakan nama untuk meng’condemn’ orang lain. Satu nasihat yang cukup baik. Tulis Yuna:-

Assalamualaikum. A message to my younger fans from home (whether you’re home or abroad). Please travel. Get out of your comfort zone. Go see the world. Then come home BRILLIANT. Belajar sampai tahap MAKSIMUM & belajar luar negara or bila dah kerja, save duit, pegi travel.

When I see someone who’s 21 years old(I’m 28) telling me to ‘balik la Malaysia’ so I don’t forget my roots I feel very sad and worried. Because (1) he is 21 (2) he commented on a hiking photo (3) what kind of people does he surround himself with who doesn’t encourage him to LEARN but encourages him to offend (telling me to be ashamed of myself)?? My goodness, is this the future of Malaysia? A buncha haters who type really fast on smartphones? NOT in my presence.

I share a photo of myself (bukan pakai bikini eh.. Fully clothed eh!) climbing a hill with a beautiful view yang ALLAH SWT cipta (God created) and you tell me to come home because I’m forgetting my roots? You have to be out of your damn mind.

Alhamdulillah I get to travel & meet people and I think about how lucky I am to be a Malaysian muslim & spread positive vibes to those who need it regardless of their race & religion!

I’m blessed to be able to learn so much about life, God’s green earth & Islam more than I did back home (I credit all my knowledge on Islam to my wonderful parents who encouraged me to THINK and then PRACTICE) I learn how to appreciate differences that GOD Himself created and that enabled me to have friends from ALL walks of life.

So this is going to be the last time I’m writing this kind of post. If you’re reading this and you think I’m ‘lost’ I feel very sorry for you & your arrogance & ignorance. If you want to stay narrow minded, Yuna Zarai is not for you. Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama.

We need positive vibes now, more than ever. Kita semua SAMA tak ada hamba class A, class B, class C.. All on our journey to becoming a great person. Ucap je lah benda yang baik baik saja sesama sendiri. Cmon guys, we are better than this. #generationsmart

yunalis zarai

gambar climbing yang dikongsikan oleh Yuna

Mungkin pembaca BeautifulNara tidak begitu cekap bahasa omputih (Abang Nara pun tak pandai sangat), jadi di sini Abang Nara letakkan translationnya untuk memudahkan pemahaman anda. Kalau salah tolong betulkan ye.

Assalamulaikum. Satu mesej untuk peminat muda saya dari rumah (sama ada anda di dalam negara atau luar negara). Tolong mengembara. Keluar dari zon selesa anda. Pergilah lihat dunia ini. Kemudian pulang sebagai seorang yang bijak. Belajar sampai tahap MAKSIMUM & belajar luar negara ata bila dah kerja, simpan duit, pegi mengembara.

Bila saya lihat seseorang yang berumur 21 tahun supaya ‘balik Malaysia la’ agar saya tidak lupa asal-usul, saya sedih dan bimbang. Ini kerana (1) Dia berumur 21 tahun (2) Dia membuat komen pada sekeping gambar mendaki (3) Golongan macam mana yang dia kelilingi yang tidak menggalakkannya untuk belajar tapi menggalakkannya untuk menyinggung perasaan (mengatakan saya patut malu pada diri sendiri). Adakah ini masa depan Malaysia? ‘Haters’ yang menaip laju di smartphone mereka? Tidak ketika saya masih wujud.

Saya berkongsi gambar saya (bukan berbikini eh..lengkap berpakaian eh!) mendaki bukit dengan pemandangan indah ciptaan Allah dan awak minta saya balik rumah kerana saya lupa diri? Tak masuk akal.

Alhamdulillah saya boleh merantau dan jumpa orang dan saya fikir betapa bertuahnya saya menjadi Muslim rakyat Malaysia dan menyebarkan aura positif kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya bersyukur kerana dapat belajar sangat belajar tentang hidup, bumi hijau Tuhan dan Islam lebih daripada ketika saya berada di Malaysia (semua ilmu saya tentang Islam adalah daripada ibu bapa saya yang mengalakkan saya berfikir dan kemudian mengamalkan). Saya belajar bagaimana untuk menghargai perbezaan yang dicipta Tuhan dan itu membolehkan saya mempunyai kawan daripada segala jenis manusia.

Jadi ini adalah kali terakhir saya menulis post sebegini. Jika anda membaca ini dan menganggap saya sudah ‘sesat’, saya rasa sangat sedih untuk anda, untuk ‘arrogance’ dan ‘ignorance anda’. Jika anda mahu terus berfikiran sempit, Yuna Zarai bukan untuk anda.

Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama.

Kita memerlukan aura positif sekarang, lebih daripada sebelum ini. Kita semua SAMA tak ada hamba class A, class B, class C. Kesemuanya dalam perjalanan untuk menjadi seorang manusia yang hebat. Ucap je lah benda yang baik baik saja sesama sendiri. Kita adalah lebih baik dari ini.

yunalis zarai

Secara jujur, Abang Nara merasa satu kerugian kerana tidak pergi mengembara serata dunia ketika zaman muda dulu. Bila dah tua-tua ini, memang keinginan untuk melihat negara orang membuak, tetapi kekangan terlalu banyak. Bak kata Yuna, kalau anda masih muda, tolonglah pergi mengembara. Banyak yang kita boleh pelajari. Banyak yang kita boleh jadikan teladan dan sempadan. Dunia ini amat luas dan bukannya berpaksikan kita sendiri. Abang Nara yakin anda akan menjadi orang ‘baru’ yang lebih baik sebaik sahaja anda kembali dari pengembaraan anda.

P.S: Koleksi gambar yang cukup mengkagumkan dari Finland

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...