Sudahkah Anda Bersedia Hadapi SST 1 September Ini?

Trending

Sudahkah Anda Bersedia Hadapi SST 1 September Ini?

Dewan Negara telah meluluskan lima Bil untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan digantikan dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 September hadapan.

Advertisement

Oleh itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM mengingatkan peniaga atau syarikat yang layak segera buat pendaftaran cukai jualan dan perkhidmatan SST dengan jabatan itu sebelum pelaksanaannya. Jadi para peniaga ada masa seminggu lagi untuk daftar dengan JKDM.

Siapa yang layak mendaftar?

Jualan Cukai:

  • Pengeluar barangan dikenakan cukai boleh didaftarkan semasa nilai jualan barangan cukai telah melebihi RM500,000 untuk tempoh 12 bulan.
  • Pengilang yang menjalankan kerja subkontrak pada barang-barang kena cukai di mana nilai kerja dilakukan melebihi RM500,000 selama tempoh 12 bulan.
  • Barang-barang yang boleh dikenakan cukai adalah milik pengilang berdaftar, pengeluar dan pengeluar tidak berdaftar di kawasan khas.

Cukai Perkhidmatan:

Pembekal perkhidmatan boleh didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 apabila nilai perkhidmatan bercukai disediakan untuk tempoh 12 bulan yang melebihi had RM500,000. Kadar Cukai Perkhidmatan ditetapkan pada kadar 6%.

Perkhidmatan yang dikenakan cukai berikut adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan:

  • Hotel (termasuk rumah penginapan, pangsapuri servis, homestay, penginapan, rumah rehat, rumah tumpangan)
  • Insurans dan Takaful
  • Perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman (termasuk restoran, kafe, katering, pengambilan makanan, trak makanan, kedai runcit, penjaja dan lain-lain)
  • Kelab (termasuk kelab malam, kelab persendirian, kelab golf)
  • Permainan (termasuk Kasino, peluang permainan, cabutan bertuah, mesin permainan, loteri, pertaruhan)
  • Telekomunikasi
  • Pay-TV
  • Agen penyemakan
  • Undang-undang
  • Perakaunan
  • Ukur
  • Seni bina
  • Penilai
  • Kejuruteraan
  • Agensi pekerjaan
  • Keselamatan
  • Perkhidmatan pengurusan
  • Tempat letak kenderaan
  • Perkhidmatan kenderaan bermotor atau pembaikan
  • Kurier
  • Sewa dan memandu kereta
  • Mengiklankan
  • Penerbangan domestik kecuali Perkhidmatan Luar Bandar
  • Kad kredit atau kad caj
  • Perkhidmatan IT
  • Elektrik

Sumber Mysst

Walau bagaimanapun, cukai perkhidmatan tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana perkhidmatan yang tidak ada dalam senarai perkhidmatan yang dikenakan cukai.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil 3 langkah untuk menghadapi pelaksanaan SST untuk membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

  1. Simulasi menjangkakan kesan pelaksanaan SST terhadap barangan pengguna.
  2. Siap siaga dalam segi pemantauan dan penguasaan di bawah KPDNHEP.
  3. Melaksanakan program jualan murah barangan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar dengan meminta kerjasama pasaraya besar.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk hadapi transisi dan pelaksanaan cukai SST pada bulan hadapan?

Sumber: Awani, The Star, Mysst dan 3ecpa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...