Baru sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama suaminya Sepol Ali, peminat sudah meminta penyanyi Marsha Milan Londoh untuk menutup aurat sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, Marsha yang masih lagi dalam proses untuk mendalami ilmu Islam memerlukan masa untuk berubah mengenakan hijab dan berharap agar orang ramai mendoakan beliau satu hari nanti mampu berbuat demikian.
Ramai yang meminta saya berhijab terutamanya di ruangan komen di akaun laman sosial saya. Ketika ini saya masih lagi dalam proses mendalami Islam dan mohon doa daripada semua supaya kekuatan itu hadir.
Berbicara mengenai pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, Marsha mengakui beliau merasa cukup tenang apabila melihat Kaabah di depan matanya dan menjalani ibadah di sana. Marsha berdoa agar satu hari nanti beliau mempunyai rezeki lagi untuk kembali ke Makkah.