Selepas berakhirnya pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini malah berjaya meraih anugerah Vokal Terbaik, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai persediaan Ernie Zakri untuk menjadi isteri kepada Syamel.
Terbaru, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pasangan penyanyi itu akan mendirikan masjid tak lama lagi, malah khabarnya ia bakal berlangsung bulan ini juga.
View this post on Instagram
Pun begitu, menurut Ernie, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan rasmi lagi mengenai perkara berikut memandangkan perlu menyelesaikan beberapa urusan musatahak dahulu.
“Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah. Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini.”
Walaubagaimanapun, menurut mStar, Ernie dan Syamel berkemungkinan besar akan diijabkabul pada hujung bulan ini iaitu pada 26 Mac nanti, di mana ianya jatuh pada hari Jumaat yang berkat.
Namun, ia hanyalah khabar angin dan hanya pasangan itu dan ahli keluarga terdekat sahaja yang tahu mengenai tarikh sebenar hari bahagia itu.
Dah tak lama dah nak bau nasi minyak Ernie dan Syamel!