Umum mengetahui pelakon Nelydia Senrose sudah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi dalam satu majlis akad nikah yang diadakan Sabtu lalu.
Sangat rapat bersama, Uqasha Senrose telah memuat naik satu ucapan khas buat adiknya, Nelydia.
Dalam ucapannya, Uqasha meluahkan rasa gembira kini adiknya sudah menemui kebahagiaan. Namu, pada masa yang sama, beliau sedikit sedih kerana kehidupannya akan berubah selepas ini setelah Nelydia berkahwin. Sudah tidak dapat melakukan apa-apa bersama.
Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak saat membaca nukilan tersebut.
Kami faham perasaan Uqasha apabila orang tersayang terutama sekali adik-beradik yang sudah berkahwin akan melangkah pergi menjalani kehidupan sendiri. Tidak sama keadaannya lagi. Sama-sama kita doakan agar satu hari nanti Uqasha pula bertemu jodoh. InshaAllah.