Sudah Tak Mampu Beri Zuriat, Syanie Bersyukur Dikurniakan Suami Memahami Dan Penyayang

Hiburan

Sudah Tak Mampu Beri Zuriat, Syanie Bersyukur Dikurniakan Suami Memahami Dan Penyayang

Pelakon dan juga pelawak terkenal, Syanie meluahkan rasa syukur apabila dia dipertemukan jodoh untuk kali ketiga bersama suaminya kini yang boleh menerima kekurangan diri berikutan dia  sudah tidak boleh melahirkan zuriat.

Ujar Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham,47, dia sebenarnya tidak menyangka akan dipertemukan jodoh dengan suami tersayang, Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.

Advertisement

Syanie kahwin

Dia yang ditemui Kosmo Online menjelaskan bahawa dia telah menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari sekitar tahun lalu juga berterima kasih buat suami yang sanggup menerima ‘kelainan’ pada dirinya setelah berumah tangga.

Sebelum ambil keputusan untuk berkahwin, saya ada bertanya pada suami sama ada dia boleh menerima kekurangan saya kerana saya tidak mampu lagi memberikannya zuriat.

Tambahnya lagi, dia percaya bahawa Allah S.W.T telah mengaturkan segala-galanya dengan baik dan sempurna.

Kata suami, dia reda jika tidak dikurniakan rezeki zuriat kerana yakin bahawa Allah S.W.T mempertemukan jodoh antara kami bersebab. Supaya kami sama-sama menyayangi antara satu sama lain hingga akhir hayat.

Perkembangan terkini, Syanie bakal muncul dalam sebuah filem berjudul Jaga-Jaga Senariounion tidak lama sahaja lagi.

Syanie

Sekadar info, Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002.

Dia kemudian bernikah kali kedua dengan Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 namun bercerai pada tahun 2016.

Kedua-dua perkahwinan tersebut tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

2 years ago

Cari Melalui IG Live, Syanie Seronok Dapat Jumpa Kembali Dengan 'Zali'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...