Beberapa hari lalu, penyanyi rap Caprice meluahkan pendapatnya tentang kenyataan PU Amin mengenai bencana alam yang melanda Indonesia. Buat Caprice, apa yang dikatakan oleh pendakwah bebas itu sedikit sebanyak mengundang salah sangka terhadap agama Islam selain tidak sensitif dengan keadaan mangsa-mangsa yang turut kehilangan orang tersayang dalam tragedi Tsunami itu.
Keadaan menjadi sedikit tegang apabila mereka berdua kelihatan saling berbalas kenyataan di media sosial untuk menegakkan pedirian masing-masing.
Melihat apa yang berlaku, seorang lagi penceramah muda iaitu Da’i Wan menasihati rakannya PU Amin dan Caprice supaya berdamai. Apa salahnya untuk saling memaafkan dan bersatu memperjuangkan agama Islam.