“Sudah Selesai, Tutup Buku” – Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah Berkhalwat

Hiburan

“Sudah Selesai, Tutup Buku” – Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah Berkhalwat

Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar tampil mengesahkan bahawa kes khalwat membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

Menurut beliau, kedua-duanya menarik balik pengakuan tidak bersalah dan mengaku berbuat perbuatan memalukan itu dalam satu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, 21 Februari lalu.

Advertisement

Saya boleh sahkan pada peringkat awal, kedua-dua mereka ini mengaku tidak bersalah, jadi berdasarkan pengakuan tidak bersalah itu, mahkamah meletakkan tarikh untuk perbicaraan.

Bagaimanapun pada 21 Februari, kedua-dua tertuduh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk menarik balik pengakuan tidak bersalah dan ingin mengaku bersalah.

Jadi pengakuan bersalah itu telah direkodkan oleh mahkamah. Mahkamah tanya ada sebarang paksaan atau tidak, mereka mengaku bersalah tanpa ada sebarang paksaan. Mereka mengaku bersalah dengan sukarela.

Ujar beliau lagi, Aliff dan Ruhainies juga telah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Seperti mana yang dimaklumkan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Perseketuan, hakim jatuhkan hukuman untuk mereka membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang dan sekiranya gagal, penjara selama tiga bulan.

Jadi saya difahamkan kedua-dua tertuduh sudah membayar denda tersebut dan kes selesai, tutup buku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz ruhainies kes khalwat selesai
1 day ago

Kes Khalwat Ruhainies Dan Aliff Aziz Didakwa Sudah Selesai, Bayar Denda RM3K Setiap Seorang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...