“Sudah Sarapan?” – PU Azman Naik Mahkamah Lagi Hari Ini, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual Diadakan Secara Tertutup

Berita

“Sudah Sarapan?” – PU Azman Naik Mahkamah Lagi Hari Ini, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual Diadakan Secara Tertutup

Pendakwah selebriti, PU Azman dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pagi hari ini bagi prosiding sambungan kes amang seksual yang didakwa terhadapnya.

Memetik mStar, Hakim mahkamah, Datin Surita Budin juga telah mengarahkan segala prosiding melibatkan kes itu diadakan secara tertutup selain mengarahkan semua yang terlibat dalam kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil memberi keterangan.

Advertisement

Dia yang hadir ditemani barisan peguam yang mewakilinya kelihatan tenang dan sempat menyapa wakil media yang hadir membuat liputan.

“Sudah sarapan?” sapa PU Azman sebelum masuk ke dewan perbicaraan.

Terdahulu, PU Azman telah dituduh atas lima dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.

Kesalahan itu dilaporkan dilakukan di sebuah tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiada Sendayan, Nilai, Negeri Sembilan.

Berikutan itu, PU Azman telah didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahn Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zamil angry bird
11 months ago

'Datuk' Parti Politik Buru Individu Sebarkan Foto Berseluar Dalam - "Viral Spender Angry Bird"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...