February 19th, 2018

Akhirnya segala kontroversi mengenai kisah putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bertemu noktahnya apabila bapa Elfira,  Ahmad Sabri Ariffin mengesahkan sudah memulangkan cincin pertunangan mengikut adat dalam satu sesi pertemuan di kediaman keluarga Sufian petang semalam.

Ketika pertemuan tersebut berlangsung, Sufian tidak berada di rumah dan hanya bapa dan bapa saudaranya sahaja yang ada.

Sama seperti yang dikatakan oleh ibu Elfira, Ahmad Sabri juga menganggap Elfira dan Sufian tiada jodoh bersama dan enggan mendedahkan punca perpisahan kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.

Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian. Kami anggap antara anak saya dan Sufian tiada jodoh.

Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain. Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu.

Kami harap Elfira dan Sufian tabah menghadapi dugaan ini. Bukan mudah untuk melepaskan orang tersayang pergi apatah lagi jika pernah membina impian untuk hidup bersama selamanya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

 


72 responses to “Sudah Pulangkan Cincin Tunang Kepada Keluarga Sufian – Bapa Elfira Loy”

  1. wak lus says:

    elpirahh tu dah lama dah dok dlm industri seni
    x de pun hero2 nak cuba melekat
    si pian yang baru na nak up ni …pulak yg bleh terpedaya dgn dia
    lagipun pian muda lagi ..baru habis belajar ..
    baru nk ceburi bidang nyayian
    apa yg kau nak dari dia elpirahhh oiii
    cukup manis family pian tak tuntut ganti rugi sbb yg memutuskan pihak perempuan ..
    move on lah pian ..

  2. Anonymous says:

    ntah2 ada masalah bab duit hantaran kot…mak El mintak tinggi kot…SS tak mampu kot…kot laa…

  3. fuhh says:

    hahahahha mmg kalakor tergelak aku bace komen2 kat atas ni.
    Tp menurut firasat aku..dalam bebanyak komen kat atas, ade 1-2 betul pasai apa depa putuih tunang..
    semoga pian berfikir semasak-msknya sebelum ambil keputusan tunang/kahwin nanti ye. (nasihat jgnlah pilih retis yg gile glam)
    (ilang boring d pej skunk nih)

Loading...