Sepanjang minggu ini, kesemua netizen terus berteka-teki mengenai tarikh pernikahan pasangan popular Neelofa dan PU Riz.
Malah khabar angin yang berterbangan sejak beberapa hari ini di laman media sosial sepertinya mengatakan bahawa mereka akan disatukan pada Jumaat ini di hotel termuka di ibu negara.
Walaupun terus mengunci mulut, namun Neelofa sempat menitipkan doa pendek dan meminta orang ramai mendoakannya. Pun begitu, ramai yang perasan beberapa foto busana putih seperti pakaian pengantin yang menjadi latar belakang entri tersebut.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, hal itu terus menjadi tanda tanya ramai apabila ramai yang mula menebak bahawa selebriti itu telah mengadakan majlis di rumahnya kelmarin. Daripada gambar yang tular, dapat dilihat bahawa acara tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan karib Neelofa.
Malah dipercayai bahawa ianya merupakan majlis berinai selebriti itu selain gambar yang dimuat naik oleh rakannya yang sedondon dengan pakaian berwarna merah dipercayai ditangkap di dalam biliknya.
Malah netizen juga perasan bahawa kedua tangan Neelofa sudah pun dihiasi inai dalam sebuah Instagram Story yang dimuatnya pada pagi ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan ramai.
Apa pun, semoga semuanya berjalan lancar buat pasangan ini.