Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sudah ‘Move On’, Nadia Brian Tidak Serik Dengan Perkahwinan

nadia brian

Pasangan berkahwin mana yang mengharapkan perpisahan, tapi apakan daya nasib sepertinya tidak menyebelahi pasangan Nadia Brian dan Muizz Nasruddin apabila masjid yang dibina selepas setahun musnah akhirnya.

Sedang menunggu tarikh mahkamah bagi perbicaraan lafaz cerai yang difailkan suami, Nadia mengakui bahawa insiden ini membuatkan dirinya lebih kuat dan matang. Walaupun pada awal perkahwinan, dia berharap agar ianya kekal sehingga ke akhir hayat namun dia terima takdir yang berlaku.

Advertisement
“Saya fikir kalau berkahwin mahu ia hingga akhir hayat. Tapi, apabila Allah kata jodoh kita sampai di situ, kena ‘move on’. Apa yang terjadi ini mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dan lebih kuat.”
Malah Nadia mendedahkan bahawa dia bersedia menempuhi apa jua kemungkinan.

“Ada dugaan atau tak, kena bersedia. Macam saya, saya lega apabila episod sedih saya akan berakhir. Saya tidak mahu ingat lagi perkara sedih yang berlaku. Saya nak tutup buku lama dan buka buku baharu. Saya nak aura baharu yang lebih positif.”

nadia brian

Meskipun langsung tidak membenci makna perkahwinan namun baginya mencari pasangan bukanlah keutamaannya kini.

“Soal cari pengganti, bukan keutamaan saya ketika ini. Belum masanya lagi. Tapi, tidak bermakna pula saya serik dengan perkahwinan. Saya pun nak berasa bahagia dan ada zuriat juga.”

Bahkan pelakon wanita itu mengatakan bahawa dia banyak belajar mengenai perkahwinan walaupun hanya setahun mendirikan rumah tangga. Malah dia turut mendoakan agar semua orang dapat merasakan kebahagiaan.

Dalam pada terpalit dengan dugaan yang berat ini, Nadia berkongsi bahawa ibu dan neneknya merupakan sumber kekuatan buatnya.

“Dari awal pembabitan dalam bidang seni, niat saya memang nak cari rezeki halal untuk bantu keluarga. Niat ini tak pernah hilang. Doa mak dan nenek sentiasa ada bersama saya. Segala perkerjaan yang dibuat sekarang adalah berkat doa mereka.”

nadia brian

Baginya rezeki tak pernah salah alamat dan semua yang diperolehinya adalah berkat doa ibu dan neneknya.

“Rezeki tak pernah salah alamat. Allah Maha Pemurah. Walaupun saya begini, saya tetap ingat Allah. Malah, dalam keadaan sedih sekali pun kena ingat Allah.”

Berterima kasih atas sokongan ramai, Nadia berharap agar 2021 memberikan sinar yang baru dalam hidupnya. Bahkan dia memilih untuk bersabar dan sentiasa berfikiran positif kerana itu merupakan senjata yang mujarab buatnya kini.

Semoga Nadia Brian menemui sinar hidup yang baru.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Aku Menyampah

    January 8, 2021 at 1:27 am

    Person who never loved move on easily…
    Sorry to say.. Muka mcm pondan.. Baik stop blakon..senang ja curang check in dgn lelaki lain. Pastu acah2 ayat Islamic sebut2 nama Allah. Memalukannn

  2. Aku Menyampah

    January 8, 2021 at 1:27 am

    Person who never loved move on easily…
    Sorry to say.. Muka mcm pondan.. Baik stop blakon..senang ja curang check in dgn lelaki lain. Pastu acah2 ayah Islamic sebut2 nama Allah. Memalukannn

Loading...
To Top