Sudah Miliki Hasrat Untuk Bergelar Isteri, Azira Shafinaz Nafi Jalin Cinta Bersama Jejaka Misteri Di Instagram

Hiburan

Sudah Miliki Hasrat Untuk Bergelar Isteri, Azira Shafinaz Nafi Jalin Cinta Bersama Jejaka Misteri Di Instagram

Penyanyi kumpulan De Fam dan juga pelakon, Azira Shafinaz ada meluahkan hasrat untuk bergelar isteri memandangkan usianya kini sudah mencecah 30 tahun.

Kata Azira, niat untuk mendirikan rumah tangga itu sentiasa ada namun merasakan bahawa rezeki untuk melangkah ke fasa tersebut masih belum tiba.

Dia ditemui media ketika sesi rakaman sebuah program TV baru-baru ini.

Advertisement

“Saya sudah memasuki usia 30 tahun dan seperti wanita lain, semestinya saya memiliki hasrat untuk berumah tangga. Cuma buat masa ini, mungkin rezeki ke arah itu belum sampai untuk saya. Saya pun tak tahulah ada jodoh atau tidak, kita nantikan tarikh perkahwinan saya, nanti akan diberitahu…”

Dalam pada itu, Azira juga tampil menafikan bahawa dia kini sedang menjalin cinta bersama seorang jejaka bernama Haniff.

Azira ShafinazSumber : Instagram Azira Shafinaz  

Dakwaan itu muncul apabila Azira dilihat telah memuat naik foto bersama jejaka tersebut sambil meletakkan emoji ‘love’ sebagai kapsyen.

Ujar pelakon drama Villa Ghazara ini lagi, dia dan Haniff hanyalah rakan biasa yang telah dikenalinya terlalu lama.

“Haniff adalah seorang kawan rapat yang sudah lama saya kenali, malah saya dan rakan-rakan lain memanggilnya baby. Kalau bab emoji bentuk hati itu, saya memang begitu, kalau yang dah mengenali saya, mereka tahu saya mesra, apapun kami berdua hanyalah kawan.” ujarnya lagi.

Azira Shafinaz YasserSumber : Google  

Meskipun begitu, Azira sebelum ini telah mendedahkan bahawa dia ada mengenali seseorang dan berkawan rapat.

Terdahulu, pelakon filem Penunggang Agama ini juga ada meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Yaseer Khan yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...