Sudah Merebak Ke Paru-Paru, Bapa Ayu Damit Hidap Kanser Otak Tahap Empat

Hiburan

Sudah Merebak Ke Paru-Paru, Bapa Ayu Damit Hidap Kanser Otak Tahap Empat

Bapa kepada penyanyi Ayu Damit, Damit Osiri khabarnya telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, selepas tidak sedarkan diri, semalam.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit ketika dihubungi sebuah media memaklumkan bahawa orang tuanya itu disahkan telah menghidap penyakit kanser otak tahap empat dan ianya sudah merebak ke bahagian paru-paru.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

Maklum penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini lagi, bapanya telah dibawa ke unit kecemasan semalam selepas tidak sedarkan diri ketika berada di rumah. Difahamkan juga, doktor yang merawat bapanya itu turut meminta ahli keluarganya yang lain untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seolah-olah keadaan bapanya itu sudah tiada harapan untuk sembuh.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

“Alhamdullilah, jam 3 pagi ayah sudah sedarkan diri selepas diberi rawatan di wad. Saya naharu saja dapat bercakap dengan dia. Difahamkan keadaannya stabil. Ayah disahkan hidap kanser otak tahap empat selepas dikesan ada ketumbuhan dalam kepala. Sekarang ianya merebak ke bahagian lain pula..”

Ujarnya lagi, dia kini sedang berusaha untuk memohon kebenaran untuk pulak ke Sabah selepas kali terakhir berjumpa bapanya itu pada bulan Mac yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar disembuhkan penyakit bapa kesayangannya itu serta dipermudahkan urusannya untuk pulang ke Sabah, tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...