June 12th, 2020

Farah Lee yang merupakan bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar mengakui dirinya kini sudah melupakan kisah kehidupan lalu dan bertegas bahawa sudah ‘move on’.

Dia yang ditemubual secara langsung di laman Facebook menjelaskan bahawa untuk pulih dari kesakitan akibat penceraian, individu tersebut perlu merasai dan mengubatinya dengan cara tersendiri.

Menurutnya lagi, andai kesakitan itu diendahkan, sudah pasti ianya akan membarah dalam hati.

Baginya, kehilangan yang benar-benar dirasai adalah sewaktu kehilangan bapa tersayang pada Januari lalu.

Dia juga menjelaskan walaupun dia banyak memuat naik foto bersama lelaki di laman sosial miliknya, bukanlah bermakna dia sedang mengenali seseorang.

Malah, ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu juga mendedahkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya kerana masih ada perasaan trauma.

Dalam video temuramah tersebut, Farah juga ada menyentuh tentang tips dan cara untuk ‘move on’ dari perpisahan yang menyedihkan.

“On a serious note, touched a bit on tips to move-on and why being single or being married are both ‘happiness’ during my FB live on Bernama TV just now.”

 

View this post on Instagram

. “Bagusnya Farah masih baik dengan keluarga bekas suami.” . Tak. Bukan Farah yang baik tapi mereka yang baik sebab masih sudi terima Farah as a part of their family. Sayang semua banyak sangat. Daddy Maream Farah dah anggap macam abang sendiri (abang yang annoying ?), Ibu Maream Farah anggap macam adik, baik sangat selalu keep up dengan khabar ktorg berdua kat sini. . Korang, jangan pernah menyesal dengan kehidupan yang lepas. Siapa kita jumpa, tanah mana kita pijak, lorong mana kita lalu — semua ada hikmahnya dan itulah yang membentuk kita hari ini. . Mungkin kita berkawan dengan seseorang dan hubungan tu endingnya tak seperti yang kita ingin. Tapi, nikmat lain yang Allah iring bersama-sama dengan perjalanan tu jangan pula kita butakan. Farah, Allah gantikan dengan kasih sayang sekeliling yang Farah sendiri tak pernah sangka banyaknya ? . Allah maha Adil. Dia tak pernah zalim. Terpulang pada kita nak fokus kat mana. #FLwrites #ommabebel #FLbalikMALAYSIA

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Mengimbas kembali, Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli pernah menjadi isteri kepada pengacara iaitu Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 lalu. Namun rumah tangga pasangan ini tidah bertahan lama sebelum berpisah pada 17 Ogos 2016.

Farah Lee dan Ally Iskandar dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

Sumber : Media Hiburan


2 responses to “Sudah Lupakan Kisah Kehidupan Lalu, Farah Lee Akui Masih Trauma, Kongsi Tips ‘Move On’”

  1. Aida Musa says:

    Sudah-sudah la, over laaaa .. lagi kau bercakap pasal Dia, lagi dia happy. Kau tengok rihana ex sultan kelantan tu, dia dah brenti pun cakap pasal ex dia yang tak guna tu. Dia sindir haluihhh ja skali dua, tu je .. whether she bounce yet or not kita tak tahu tapi dia tak tunjuk dia sangap sangat .. come on la

  2. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    u tu cantek dari dulu memang tak sepadan ngan bekas laki u tu si ally tapi nak buat camana u dh suka…u boleh dapat yg lebih baik dari yg terbaik..teruskn kehidupan yg happy n hepening bersama anak you yg cute tu semoga di murahkn rezeki dan di lindungi Allah selalu ..ingat pada yg satu..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...