Farah Lee yang merupakan bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar mengakui dirinya kini sudah melupakan kisah kehidupan lalu dan bertegas bahawa sudah ‘move on’.
Dia yang ditemubual secara langsung di laman Facebook menjelaskan bahawa untuk pulih dari kesakitan akibat penceraian, individu tersebut perlu merasai dan mengubatinya dengan cara tersendiri.
Menurutnya lagi, andai kesakitan itu diendahkan, sudah pasti ianya akan membarah dalam hati.
Baginya, kehilangan yang benar-benar dirasai adalah sewaktu kehilangan bapa tersayang pada Januari lalu.
Dia juga menjelaskan walaupun dia banyak memuat naik foto bersama lelaki di laman sosial miliknya, bukanlah bermakna dia sedang mengenali seseorang.
Malah, ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu juga mendedahkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya kerana masih ada perasaan trauma.
Dalam video temuramah tersebut, Farah juga ada menyentuh tentang tips dan cara untuk ‘move on’ dari perpisahan yang menyedihkan.
“On a serious note, touched a bit on tips to move-on and why being single or being married are both ‘happiness’ during my FB live on Bernama TV just now.”
Mengimbas kembali, Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli pernah menjadi isteri kepada pengacara iaitu Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 lalu. Namun rumah tangga pasangan ini tidah bertahan lama sebelum berpisah pada 17 Ogos 2016.
Farah Lee dan Ally Iskandar dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Sumber : Media Hiburan