Pelakon dan juga penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman mengungkapkan rasa syukur apabila kesihatannya masih berada dalam keadaan baik meskipun sudah beberapa kali tidak melakukan rawatan susulan untuk rawatan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menjelaskan sebab dia tidak hadir untuk rawatan susulan adalah kerana kes COVID-19 yang tinggi di hospital berkenaan.
Ujarnya lagi, doktor yang bertugas masih lagi memantau keadaan kesihatannya menerusi panggilan telefon dan Bob juga akan menghubungi hospital jika berasa kurang sihat.
View this post on Instagram
Kes COVID-19 yang tinggi di Hospital Sultanah Bahiyah membuatkan saya perlu menunda temujanji dengan doktor. Alhamdullilah,setakat ini keadaan kesihatan saya okey, masih sihat dan tidak terdesak pun untuk ke hospital, bekalan ubat juga mencukupi.
Kata Bob lagi, dia kini akur dengan keadaan kesihatannya yang tidak sepenuhnya baik seperti dulu dan sentiasa menjaga diri.
Perkembangan terkini, dia yang kini menetap Kota Bharu, Kelantan sedang mengusahakan perniagaan menjual bubur daging yang dimasak isterinya, Relawati Daud.
Bubur daging yang dijual dengan harga RM4 sebekas itu khabarnya dihantar ke 15 buah kedai makan di sekitar Kota Bharu.
Terdahulu, Bob Lokman yang sebelum ini mengalami masalah jantung telah selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung (CTRD) di Hospital Sultanah Bahiyah sekitar awal Disember, tahun lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.