Sudah Lama Pendam Hasrat, Syanie Hisham Tunaikan Janji Untuk Berhijab Setelah Berkahwin

Hiburan

Sudah Lama Pendam Hasrat, Syanie Hisham Tunaikan Janji Untuk Berhijab Setelah Berkahwin

Mengakui sudah lama memendam hasrat untuk berhijab sepenuhnya, pelakon Syanie Hisham akhirnya mengotakan janjinya sebaik kembali bergelar isteri, minggu lalu.

SyanieSumber : Malaysia Gazette  

Syanie yang sinonim dengan watak jenaka itu berkata, keputusan untuk bertudung sepenuhnya itu sebenarnya sudah lama disuarakan kepada suami kira-kira setahun yang lalu.

Advertisement

Dia yang pada ketika itu bergelar tunangan orang ada berkongsikan mengenai perkara itu dan suaminya kini,  Zahril ada bertanyakan bila waktu Syanie akan berhijrah namun belum ada keputusan yang pasti pada ketika itu.

SyanieSumber : Google  

“Cuma saya ada memberi bayangan kemungkinan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia sangat menggalakkan perubahan dalam hidup saya, Tanpa bertanya lebih, suami bersetuju. Alhamdullilah, saya mengotakan janji saat kami diijabkabulkan.”

Menurut Syanie lagi, dia harus menjaga batas dan maruah sebagai seorang isteri dan bersyukur kerana Zahril banyak menyokong dalam setiap keputusan yang dibuat.

Perkembangan terkini Syanie dalam bidang seni, pelakon ini berkata dia bakal muncul dalam sebuah filem arahan Mawi yang berjudul Hantu Kuat Ketawa yang sekali lagi akan menggandingkannya dengan pelawak lagenda, Saiful Apek.

“Insyallah, penggambaran filem ini akan bermula minggu depan. Saya teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan bersama Apek, suatu ketika dahulu. Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami.”

Terdahulu, Syanie telah melangsungkan perkahwinan buat kali ketiga dengan seorang perunding kewangan yang juga berstatus duda pada 19 Februari lalu bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...