Sudah Lakukan Persiapan : Uqasha Senrose Bakal Bertunang Di Luar Negara?

Hiburan

Sudah Lakukan Persiapan : Uqasha Senrose Bakal Bertunang Di Luar Negara?

Menerusi satu laporan di portal Utusan Online, Uqasha Senrose khabarnya bakal bertunang tidak lama lagi dengan seseorang yang bukan berasal daripada Malaysia. Malah, segala persiapan sudah dilakukan termasuklah baju pertunangan beliau juga sudah ditempah.

Advertisement

Malah, jejaka yang dapat memikat hati Uqasha bukanlah calang-calang orangnya kerana beliau mampu untuk menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal Malaysia dalam menghasilkan busana pertunangan mereka.

Namun, bukan itu sahaja, majlis  bersejarah buat Uqasha dan tunangnya juga dikatakan akan dilangsungkan secara meriah dan besar-besaran diluar negara.

Jika berita ini benar, kami ucapkan tahniah buat Uqasha Senrose dan pasangan beliau. Harapnya segala perancangan berjalan dengan lancar.

Siapa sangka tiada angin tiada ribut, terus Uqasha Senrose terpikat dengan jejaka bukan rakyat Malaysia pula tu. Nampaknya gosip beliau bercinta dengan Iqram Dinzly itu tidak benar lah ye?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...