Sudah Kembali Langsing: Almy Nadia Kongsi Tips Untuk Kurus

Hiburan

Sudah Kembali Langsing: Almy Nadia Kongsi Tips Untuk Kurus

Selepas bersalin anaknya yang pertama berat badan Almy Nadia naik secara mendadak dan disebabkan perkara itu beliau sering dikutuk dan dihina oleh pengikut di Instagram sehingga ada yang menyamakan beliau gemuk seperti babi.

Advertisement

Walaubagaimanapun, terkejut juga kami apabila baru-baru peminatnya telah memuat naik foto “wefie” bersama Almy yang kini sudah kembali langsing dan cun.

Saya ingin menurunkan berat badan demi suami dan diri sendiri. Saya belum kurus sepenuhnya seperti susuk tubuh asal namun ada perubahan berbanding sebelum ini.

Sebelum ini saya hanya muat baju bersaiz XL dan baju ketika mengandung namun secara perlahan-lahan sudah beransur kepada saiz lebih kecil. Suami banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menguruskan badan.

Namun, dia tidak memaksa saya mengurangkan berat badan dalam tempoh singkat dan secara drastik kerana saya masih menyusukan anak. Malah, sebagai tanda sokongan, Fizz menghadiahkan mesin sauna untuk kegunaan di rumah.

Berkongsi tips kepada peminatnya, Almy yang kini sedang menjalani hidup sihat juga mengamalkan untuk bersauna lima kali seminggu jika beliau tidak sibuk menguruskan anaknya dan perniagaan beliau.

Saya akan bersauna ketika anak sedang tidur dan sekiranya Fizz ada di rumah, dia membantu menjaga anak. Bukanlah hendak memuji suami tetapi dia banyak membantu saya untuk kembali kurus seperti dulu. Saya sangat menghargai bantuan dan juga sokongannya.

Pasti korang yang hina Almy Nadia dahulu terkedu melihat perubahan beliau bukan? Bukannya pelik pun kalau sesetengah wanita itu agak berisi selepas bersalin. Sekarang Almy dah buktikan beliau mampu untuk kurus semula dan terus bersemangat untuk mencapai tubuh badan idamannya.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...