Sudah Dua Tahun Berkahwin, Ziela Jalil Jelas Tiada Niat Sembunyi Status Sebagai Isteri Kedua

Hiburan

Sudah Dua Tahun Berkahwin, Ziela Jalil Jelas Tiada Niat Sembunyi Status Sebagai Isteri Kedua

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial mengenai cerita seorang penerbit terkenal yang sudah pun berkahwin dan menjadi isteri kedua sejak dua tahun lepas. Tak lama kemudian, seorang gadis mengulang ciap berita tersebut dan mengakui bahawa Datuk Ziela Jalil ialah ibu tirinya.

Selepas pendedahan tersebut, penerbit wanita itu menjelaskan bahawa dia tiada niat menyimpan perkahwinan dan merahsiakan status sebagai isteri kedua daripada orang ramai. Katanya, dia hanya menantikan masa yang sesuai untuk mengumumkannya selain mahu menjaga hati pelbagai pihak.

Advertisement

“Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

ziela jalil dan suamiSumber : Berita Harian 

Sejujurnya Ziela berasa sedikit terkejut dan ralat apabila gadis berkenaan menyampaikan terlebih dahulu berita ini untuk tatapan semua menerusi laman media sosial. Namun, dia melihat daripada sudut pandangan positif dan menganggap bahawa ia adalah petanda untuk berkongsi kisah ini secara umum.

Malah wanita itu mengatakan bahawa dia berpendapat bahawa gadis itu sudah bersedia untuk berhadapan dengan banyak kemungkinan serta persepsi measyarakat apabila cerita ini diketahui oleh umum.

Tambah Ziela, dia bertanggungjawab untuk menceritakan mengenai perkara sebenar supaya pelbagai spekulasi yang timbul dapat ditutup mengenai kisah ini.

“Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.

Ziela mendedahkan bahawa suamianya ialah Datuk Syed Osman Al Habshee iaitu Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud. Mereka mengambil keputusan menikah selepas hanya lima minggu berkenalan, pada tarikh 17 Februari 2019.

Malah wanita itu turut cuba merahsiakan perkahwinan tersebut daripada anak-anaknya kerana tidak mahu melukakan hati mereka dan selain membuatkan mereka merasa seolah-olah Ziela sudah melupakan bapa mereka. Namun dia menjelaskan bahawa dua lelaki ini adalah orang berbeza dan tiada siapa mampu menggantikan tempat bapa mereka.

“Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi.”

ziela jalil

Jelas Ziela lagi, dia tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu kerana sifat terbukanya yang boleh menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami.

“Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.

Penerbit wanita itu turut menepis tanggapan bahawa dia mengahwini Osman kerana harta bahkan menjelaskan bahawa lelaki itu hanyalah orang biasa dan bukannya hartawan. Disebabkan sering menjadi tempat mengadu dan memahami bahawa Ziela masih lagi hidup ditemani kenangan bersama Allahyarham bekas suami, wanita itu yakin bahawa lelaki itu adalah calon yang tepat buatnya.

Semoga Ziela dan suami bahagia dalam perkahwinan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...