Sudah Dua Minggu Bernikah Tetapi Asyik Tolak ‘Malam Pertama’, Suami Terkejut Dapat Tahu Isterinya Lelaki

Kehidupan

Sudah Dua Minggu Bernikah Tetapi Asyik Tolak ‘Malam Pertama’, Suami Terkejut Dapat Tahu Isterinya Lelaki

Seorang lelaki dari Indonesia terkejut apabila mendapat tahu alasan isteri yang disayangi dan baru dinikahinya menolak malam pertama mereka selama berhari-hari.

Menurut laporan media seberang, lelaki berusia 26 tahun itu dan isterinya baru sahaja bernikah selama dua minggu namun berasa janggal apabila wanita tersebut sering memberikan alasan datang bulan jika diajak bersenggama.

Advertisement

menyamar

 

Keluarga selidik, rupanya…

Kerana berasa pelik, keluarga lelaki berkenaan mula ‘mengorek’ cerita namun alangkah terkejutnya mereka apabila mendapat tahu menantu yang bernama Adinda Kenza itu adalah seorang lelaki.

Nama sebenarnya diketahui sebagai Erik dan difahamkan sepakang perkenalan mereka berdua, dia sering memakai purdah selain jarang atau menolak untuk bercakap dengan keluarga pihak lelaki.

menyamar

Selepas berasa tertipu dan malu diperlakukan sebegitu, keluarga lelaki kemudian bertindak membuat laporan polis dan Eric telah pun ditahan tidak lama selepas itu untuk siasatan lanjut.

 

Sebab nak duit

Kata jurucakap polis, Erik dan mangsa sudah menjalinkan hubungan cinta selama satu tahun dan mereka kemudian membuat keputusan untuk bernikah.

Erik selalu menggunakan pakaian mengikut syariah. Jadi tidak sangka dia bukan perempuan.

Bukan itu sahaja, ketika masih bercinta Erik difahamkan telah mereka-reka cerita dan menipu mengatakan bahawa dia hidup sendirian namun selepas perkahwinan tersebut barulah diketahui bahawa bapanya masih hidup.

Keluarga lelaki dikejutkan bahawa ayahnya masih ada, sebab awalnya dia tidak dinikahkan oleh wali nikah kerana alasan ayahnya lari entah ke mana.

menyamar

Menurut polis lagi, Erik telah membuat pengakuan bahawa dia menipu dan menyamar untuk mendapatkan duit daripada mangsa.

Kerana setiap kali meminta duit, selalu diberi. Erik berdepan penjara 4 tahun jika disabit bersalah.

1 year ago

Suami Tipu Isteri Konon Kerja Askar Pangkat Sarjan, 4 Tahun Menyamar Akhirnya Kantoi - "Beli Uniform Online, Hari Hari Pakai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Detik.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...