Sudah ‘Dihamili’ 16 Kali, Netizen ‘Pening’ Dengar Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu ‘Begitu Sulit Lupakan Rehan’

Trending

Sudah ‘Dihamili’ 16 Kali, Netizen ‘Pening’ Dengar Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu ‘Begitu Sulit Lupakan Rehan’

Korang mesti tau video yang tular di TikTok sejak beberapa hari lepas tu kan? Ala, yang ‘begitu syuliddddd lupakan Rehan’ tu!

Lagu itu bukan saja mencipta fenomena di negara jiran tetapi juga di Malaysia sehingga menjadi ikutan netizen malah ramai selebriti kita turut join trend ini di TikTok.

Advertisement

Video tu dapat lebih 52 juta tontonan dan tuan empunya badan yang nyanyi, Intan Lembata Bunting turut dijemput menjadi tetamu jemputan program TV disebabkan nyanyian tersebut.

Baru-baru ini ketika menjadi tetamu jemputan, Intan menjelaskan tentang kisah di sebalik lagu yang menjadi gurauan ramai orang di media sosial itu.

Menurut Intan, dia kenal dengan Rehan sejam setahun lalu dan pertemuan kali pertama mereka adalah ketika Intan bermimpi selepas tertidur di bawah pokok ketika menanam jagung.

Jelasnya, jagung dan pokok di hutan itulah yang menjadi saksi pertemuannya bersama Rehan malah Intan juga pernah bermimpi sudah bernikah dengan lelaki tersebut.

Pendedahan Intan itu membuatkan hos, Angga Candra berasa hairan dan terus bertanya jika Rehan yang dicintainya benar-benar wujud atau sebaliknya.

Percintaan yang ada tapi tidak ada. Cinta itu bagi aku benar tapi bagi orang lain tidak.”

@_podcastindonesia

19.57 #podcast #intanlembata #raihan #anggacandra #viral

? suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Lebih mengejutkan apabila Intan bercerita dia sudah 16 kali mengandungkan anak Rehan yang dikatakan berambut kerinting itu.

Perkara itu lebih membuatkan ramai orang tertanya bagaimana dia boleh hamil sebanyak 16 kali sedangkan Intan sendiri berkata mereka baru kenal selama setahun setengah.

Perkongsian Intan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan respon yang berbeza daripada netizen.

Ada yang berkata cerita Intan itu membuatkan mereka berasa seram dan ada yang berpendapat pendedahannya kelakar kerana melibatkan alam halusinasi.

p

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Trend Sampah!" - Tular Trend Terkini Di TikTok, Takutkan Budak Kecil Dengan Audio Pontianak Mengilai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...