Ada yang menganggap lamaran Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha semalam ketika konsert akhir Gegar Vaganzaadalah sekadar gimik semata-mata. Ada juga beranggapan ia adalah lakonan untuk memeriahkan lagi konsert tersebut. Malah ada yang siap cakap ia adalah promosi untuk drama/filem lakonan mereka berdua. Ternyata itu semua adalah tidak benar. Hairul Azreen dan Hanis Zalikha memang serius untuk mendirikan rumah tangga. Bukan main-main. Bukan gimik. Bukan lakonan.
Untuk makluman, sebelum lamaran di pentas Gegar Vaganza dilakukan, Hairul Azreen telah merancang perkara tersebut dengan keluarga Hanis Zalikha. Ini bermakna Hairul telah memohon restu dan keizinan daripada ayah dan ibu Hanis. Jadi tak ada istilah membelakangkan keluarga. Mengikut perancangan, Hairul dan Hanis ingin bergelar suami isteri pada tahun ini juga. Kata Hairul menerusi Harian Metro:-
Saya memang bercadang melamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.
Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik. InsyaAllah perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga.
Hanis juga telah mengucapkan terima kasih kepada Hairul kerana mendahulukan keluarganya. Tulis Hanis menerusi akaun Instagramnya:-
Assalamualaikum semua. I am still replying to my friends and family yang sama-sama terkejut dengan berita baik ini. I am still in bed and Mama is here with me while everyone is still calling her to congratulate and how does a daughter feel eh dengar mak dia sungguh-sungguh merestui pilihan hatinya? I captured this (sorry Ma I know you hate your voice recorded hihihi) to document the beautiful journey. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih kerana dahulukan keluarga saya @hairulazreen . InsyaAllah ; dengan izin Allah, thank you (sudi memperisterikan saya).
Tahniah diucapkan kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Lamaran semalam memanglah sangat ‘sweet’. Abang Nara hampir-hampir terkena kencing manis melihat lamaran itu. Semoga segala perancangan anda menjadi kenyataan. Tahniah. Lagi beberapa gambar pasangan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.