Sudah Cecah 39 Minggu, Ain Edruce Teruja Menunggu Kehadiran Anak Sulung

Hiburan

Sudah Cecah 39 Minggu, Ain Edruce Teruja Menunggu Kehadiran Anak Sulung

Pengacara dan pelakon Ain Edruce berasa teruja menunggu kehadiran anak sulungnya yang sudah memasuki 39 minggu itu di dalam keluarga kecilnya bersama suami.

Ain Edruce
3 years ago

Kongsi Foto Hamil 7 Bulan Bersama Suami, Peminat Teruja Teka Jantina Bayi Ain Edruce

Advertisement

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuatnaik video pendek di Instagram Reels menunjukkan keadaan perutnya yang sudah besar.

ain edruce

Ain dan suami teruja menunggu kehadiran anak sulungnya yang tidak lama lagi akan bersama mereka.

Tulisnya dalam Instagram Reels, 

Nak masuk minggu ke-39 dah ni. Baby masih gembira, rileks kat dalam tak nak keluar.

Bila nak keluar ni. Mummy dan daddy teruja sangat dah ni. Amirul kata sanggup tak tido malam nak jaga anak. Tak apa, kita tengok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Walaupun sudah dijangka melahirkan bayi tersebut pada 23 Mei, namun di ruangan komen sudah dihujani dengan doa peminat-peminat Ain yang berharap agar pengacara tersebut melahirkan bayi sulungnya pada 1 Syawal ini.

Ain dan suami, Amirul Hafiz memberitahu pada April lalu bahawa mereka berdua masih belum tahu jantina bayi kerana setiap kali imbasan dan pemeriksaan, bayi dalam kandungan ‘menyorok’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...