Penyanyi kumpulan rap, K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin sebelum ini dilaporkan telah menyertai kelas belajar agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang pada bulan lalu.
Dia yang sering dikritik netizen kerana mengenakan gelang emas di tangan yang secara hukumnya haram di sisi agama Islam turut dianggap sebagai kurang sesuai dengan imej yang dibawanya dalam dunia hiburan kini.
Terbaru, perlantikan dirinya sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd secara tidak langsung memerlukan dirinya membawa imej yang lebih baik dan ‘senonoh’ di mata masyarakat.
MK yang ditemui media baru-baru ini ada ditanyak sama ada sudah berubah sepenuhnya setelah memegang mandat sebagai muka hadapan pusat pembelajaran itu.
View this post on Instagram
“Tentang hal (memakai gelang emas), doa saja yang baik-baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.”
Jelasnya lagi, karakter dirinya dalam dunia seni masih sama seperti dulu dan akui MK, dia kini sedang dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, MK turut mengakui bahawa bukan mudah untuknya memuaskan hati semua orang terutamanya apabila dia dilantik sebagai duta dan ikon PTTI.
“Macam saya katakan, mungkin imej atau cara saya pantas dihakimi. Iyalah saya tahu ada yang anggap saya menyerlahkan sisi ‘bad boy’. Dan sekaligus dilihat bertentangan dengan visi PTTO yang menekankan hal akademik.” – MK K-Clique
: